Posts

Showing posts from February, 2011

Ini masanya untuk bangkit

Image
[Mesir menempa sejarah dunia, Solut untuk anak muda yang bangkit] Anak muda ini berjalan Biar dalam gelap atau hujan Darah anak muda tetap membuak Kerana cintakan nusa Anak muda ini terus berjalan Walaupun diri mereka di hadang oleh adat dan budaya Tidak ada yang memberi makna Kerana anak muda hanya ada rasa Anak muda tidak ada apa Hanya dalam jiwanya Mahukan bangsanya di bela Ya, dibela oleh mereka Anak muda bukan lagi boleh diperkotak Anak muda tidak lagi boleh diperkatik Anak muda kini telah ada jiwa Anak muda kini soldadu cinta Anak muda kini bangkit Dari dunia rock n roll Anak muda kini bersiul Dengan nada seluruh bangsa Anak muda kini telah berdiri Disamping bangsanya sendiri Nyah anak muda yang penakut Kepulan asap tidak ada makna Yang ada hanyalah diri mereka Biar dipukul, biar dicincang Semangatnya satu Semangatnya hanya rasa Anak muda, Bangunlah, letakkan diri mu Di kemuncak bangsa Letakkan diri mu di kaki mereka Bagi mu tidak ada apa Bagi mu hanya ada rasa Anak muda, Kau kor...

Solat Sebagai Tanda Kasih Sayang

Assalamualaikum w.b.t [Amir Hamzah Journal] Benarkah solat tanda kasih sayang Allah kepada kita? Solat adalah tiang agama. Allah menjadikan setiap rukun dalam solat sebagai pasak yang mengikat binaan Islam itu dengan tiang solat agar binaan agama ini kukuh dan tidak goyah walaupun dipukul angin atau ribut kencang. Dimanapun binaan ini pergi atau dibangunkan, ia tetap kukuh dan utuh. Solat terdiri daripada tiga komponen utama, iaitu tauhid, fiqh dan tasawwuf. Tauhid apabila kita menyebut Allahu Akbar atau La ilaha Illa lah. Fiqh apabila kita sempurnakan rukun dan perkara wajib sembahyang, sementara tasawwuf hadir apabila kita kusyuk. Bagaimana solat ini tanda kasih sayang tuhan kepada kita? Ya, tauhid adalah bermula daripada hidayah. Allah memberi hidayah kepada sesiapa yang dikehendakinya. Dipilih kita menjadi muslim dan mukmin, kemudian dipilihnya lagi kita datang mengadapnya. Sementara Fiqh adalah anugerah Allah, iaitu kefahaman dalam syariat Allah. Kefahaman datang dari ilmu dan tid...

Inilah Politik Sepatutnya

Assalamualaikum w.b.t Politik jiwa adalah suatu yang sangat halus. Seorang pakar politik atau politikus sendiri yang berjaya membawa bangsa atau pemerintahannya kepada kejayaan tidak bererti dia telah berjaya dalam arena politik jiwanya sendiri. Seperti politik negara, politik jiwa ini lebih rumit. Walau pun politik ini tidak menjanjikan kesenangan, pangkat dan kuasa, tetapi politik jiwa ini menentukan nasib kita di kemudian hari. Politik jiwa ini di bahagikan kepada tiga. Satu pihak pemerintah, kedua pihak pembangkang dan ke tiga rakyat. Ya, sama juga seperti politik kenegaraan, tetapi politik jiwa ini lebih abstrak kerana tuturannya bukan melalui pena dan media, tetapi hanya melalui saraf-saraf. Pucuk pemerintahan bergantung kepada suasana politik jiwa seseorang. Jika seseorang berwatak baik, maka hatinya sebagai pemerintah, nafsunya sebagai pembangkang sementara anggota badannya sebagai rakyat. Sebagai contoh bangun bersolat malam, tentunya hatinya memerintah akalnya untuk bangun. K...

Rakaman Sejarah di Egypt

Assalamualaikum w.b.t Hari ini tercatat sejarah iaitu pada 12.2.2011 (waktu tempatan) atau 11.2.2011 waktu Amerika Syarikat (Timur), Presiden Hosni Mubarak turun daripada kerusi Presidennya. Sejarah sepuluh tahun lepas berulang kepada sejarah umat Islam apabila sebuah negara Islam yang besar iaitu Indonesia, menumbangkan Presidennya pada waktu itu iaitu Suharto. Lebih sepuluh tahun berikutnya, satu negara yang amat sinonim dalam Islam apabila tanahnya disebut dalam al-Quran menjadi titik pertemuan mata dunia. Rakyat bangun menuntut ketuanya undur untuk membolehkan negara permata nil ini di tadbiri dengna lebih berjaya. Saya berkesempatan lalu di hadapan kedutaan Mesir di Amerika Syarikat. Beberapa jam selepas presiden meletakkan jawatan, rakyat-rakyat mesir berkumpul dengan kasidah yang mengasyikkan. Media-media di Amerika Syarikat berterusan menayangkan tangisan wanita-wanita Arab yang tidak dapat menahan sebak atas kejayaan rakyat ini. Yang amat memelikkan, kenapa mereka beriya-iya ...

Simpanlah Amarahmu

Asslamualaikum w.b.t Tidak adalah amarah itu melainkan membawa kepada keburukan. Amrah adalah satu sifat yang sangat-sangat ditegah oleh Islam. Sehingga Islam menuturkan dalam setiap kata-katanya, perihal sabar dan menerima apa yang berlaku disekeliling sebagai ujian. Ujian dalam ertikata untuk menilai keimanan kepada Allah swt melalui qada' dan qadarnya. Teringat kepada satu peristiwa dalam peperangan, apabla Saidina Ali kw. telah memecahkan pedang yang dihentak oleh musuh Islam lalu diletakkan dileher musuhnya mata pedangnya, tidak semena-mena musuhnya itu meludah ke muka baginda. Lalu Saidina Ali kw menarik balik pedangnya, dan menyarung di pinggangnya. Musuhnya amat hairan dengan tindakan Saidina Ali tersebut lalu bertanya, kenapa tidak saja engkau membunuhku. Lalu di jawab oleh baginda, aku tidak mahu pedang ku ini menusuk lehermu kerana perasaan amarah ku kepada mu lantaran ludahan mu itu. Kerana pembunuhan atas amarah itu tidak membawa apa-apa erti kepada agamaku. Menangis m...

Menyambut Kelahiran Rasul s.a.w

Assalamualaikum w.b.t Minggu depan kita menyambut ulang tahun kelahiran Nabi s.a.w. 12 Rabiul Awwal, adalah tarikh paling gemilang dalam sejarah Islam. Pada hari ini, seorang penyelamat yang dijanjikan dalam semua kitab-kitab samawi termasuk kitab yahudi, nasrani, hindu, parsi, buddha, menjanjikan seorang penyelamat yang akan membawa dunia daripada kegelapan kepada cahaya. Semua kitab-kitab ini membawa nama 'Yang terpuji' sebagai nama pemimpin yang dinanti tersebut. akhirnya datanglah Nabi s.a.w dengan nama asal melalui bahasa langit iaitu Arab, Muhammad atau Ahmad yang membawa erti 'Yang Terpuji'. Bagaimana kita ingin menyambut hari ini? Cukup dengan hanya berehat dan cuti sahaja? Nabi s.a.w mengajar kita lebih dari itu. Kelahiran Nabi s.a.w disambut setiap hari dengan kesyukuran. Ini kerana, Nabi menyempurnakan ajaran Islam, merumuskan ajaran Nabi-nabi sebelumnya dan membawa Islam kepada kita. Mengajar kita yakin dengan syurga dan neraka. Padahal agama lain mempermain...

Menanti Seorang Pejuang

Asslamualaikum w.b.t Teringat kata-kata dalam senikata Nada Murni, berjuang ertinya berkorban, berkerban ertinya menderita... Tak ramai yang boleh berjuang... bercakap memang ramai... berbuatnya tak berapa nak ada. Lama tak menulis ni. Dulu tulis heavy2, tapi sekarang rasanya dah tak larat lagi. Betullah Nabi s.a.w berkata, ingat 5 sebelum lima... salah satu lapang sebelum datang sibuk... sebab apabila sibuk, hilanglah semua kenikmatan. Anak pun tak sempat nak layan, balik terus buat kerja, tak lama buleh bergurau dengan anak. Pukul 9.00 anak dah tidur. Bila teringat anak ni, tentu ramai yang ada anak. Anak permata. Sebab tu, dalam solat kita, kita perlu duakan dua perkara, satu doakan kesejahteraan ibu bapa kita dan satu lagi doakan anak zuriat kita: Rabbana hablana min azwaajina wazurriyyaatina..." Doakanlah, nanti insyaAllah doa ini turun termurun kepada anak kita yang akan lakukan perkara yang sama. Nabi s.a.w bila menceritakan tentang umat akan datang, baginda tersenyum... l...