Posts

Showing posts from March, 2012

Jangan Dihina Pemungut Sampah

Image
Kita patut bersyukur kalau kita mendapat kerja sebagai sebagai doktor. Kerana atas usaha kita menghafal nama2 penyakit, kita boleh duduk di kerusi empuk. Atau mungkin kerana nasib tertulis, kita mendapat pembiayaan dan biasiswa. Cuba kita bayang kalau kita ditakdirkan menjadi pemungut sampat. Seawal 5 pagi kita bangkit untuk mengutip sampah di perumahan. Atas usaha kita mengutip sampah untuk mengisi perut, kadang2 kita dicemuh. Dengan baunya. Busuknya. Mubgkin pemungut sampah itu tidak sebaik nasib kota. Mungkin kerana miskin dan tiada duit, mereka tidak dapat belajar. Ajarkan anak2 kita menghormati sesiapa sahaja termasuk pemungut sampah. Kerana kita tidak tahu selama mana kita akan diempuk kerusi kita. Mungkin esok atau lusa takdirnya kita seperti mereka. Sekadar coreten dikongsi dengan taulan.

Cinta Allah Melalui Ujian

Image
Terngiang-ngiang terjemahan Al-Quran, yang Allah meletakkan satu cop rasmi bagi mereka yang beriman, iaitu ujian. Ujianlah yang membezakan kita dengan orang-orang yang tidak beriman, kerana apabila diuji, kita pulang kepada Allah swt. Lihat saja cubaan yang diterima oleh bapa kita Adam, dicuba tuhan, dicampak ke dunia dan berpisah dengan Hawa. Lihat pula Zakariya di cuba Allah dengan gergaji kepalanya. Lihat pula Nabi Musa diuji dengan sikap kaumnya yang bodoh sombong. Semuanya diuji untuk melihat kepada besarnya martabat mereka disisi Allah swt. Jikalau ada antara kita berkata, aku tidak tahan dengan ujian ini. Maka ingatilah balik peristiwa yang berlaku kepada Maryam a.s. Seorang yang hidupnya dipenuhi dengan ibadah dan taqwa kepada Allah. Ditinggalkan segala hal keduniaan. Tetapi diuji dengan ujian yang tidak ditanggung oleh sesiapapun dimuka bumi ini. Bagaimana, seorang yang perawan diuji dengan anak dalam kandungan. Berbulan-bulan dia menaggung ejekan, sehingga dihalau oleh kaum...