Posts

Showing posts from October, 2017

Surah At-Tiin: Antara Shahih dan Dhaif

Surah at-Tiin adalah antara surah yang popular dalam bacaan sembahyang. Surah ini yang mengandungi kandungan-kandungan penting berkenaan dengan akidah, kepercayaan kepada Allah dan kepercayaan kepada pembalasan api neraka akibat perbuatan buruknya. Jika setengah kita belajar perbandingan agama, setengahnya berhujah bahawa ayat ini turut merujuk kepada agama buddha dengan rujukan kepada buah tiin atau buah bhool dalam budaya asalnya yg menjadi lambang agama buddha. Buddha dikatakan adalah seorang rasul yang diutuskan kepada kaumnya membawa ajaran Islam. Yang kemudian dihakis konsep keislamnya akibat ditelan zaman. Ada juga menisbahkan Guatama Buddha sebagai Nabi Zul Kifli iaitu seorang Nabi yang harus diimani oleh orang Islam. Apapun pandangan orang kita tetap percaya bahawa Allah mendatangkan al-Quran dengan hikmah untuk memberi ruang kepada kita mengkaji agama ini. Diakhir ayat surah ini, ada satu ayat yang signifikan untuk kita bincangkan. Kita sedia belajar dalam kaedah taamil al...

Jikalau Anda Memilih Islam

Islam adalah agama yang tinggi. Islam agama yang suci. Islam adalah satu-satunya jalan menuju Allah s.w.t. Daripada Adam a.s sehinggalah kepada manusia terakhir yang lahir, adalah secara fitrahnya tunduk kepada Allah s.w.t sebagai pencipta. Cuma, yang menjadikan seseorang manusia itu lupa adalah kerana faktor pilihannya dan pilihan ibubapanya. Jika anda memilih Islam, anda mungkin kehilangan kawan. Terutama apabila anda terlihat lebih daripada orang lain. Dari segi pakaiannya, perbuatannya dan percakapannya. Jarang orang senangi diri kita berjiwa Islam melainkan dianya ikhlas mencari redha Allah dan memahami hakikat hidupnya. Kebanyakan kita tidak senang dengna orang yang lebih daripada kita. Baik duniawi atau ukhrawi. Lihatlah betapa halus jarum syaitan laknatullah mewujudkan hasad di hati kita. Jika anda memilih Islam, ada dipandang serong. Jika anda memilih berhijab daripada sebelumnya ada tidak bertudung, anda mungkin kehilangan kawan. Yang dulu seperti anda. Mungkin dia tidak ...