Posts

Showing posts from July, 2015

Kecantikan dan Keindahan Lahiriyyah Rasulullah s.a.w

Image
Rasulullah saw adalah insan terulung sepanjang zaman. Kerinduan kita kepada Baginda membuak-buak dan semakin lama semakin dekat kita dengan baginda melalui pengamalan sunnah baginda dan salawat berterusan kepada Baginda. Hari ini kami ingin menukilkan catatan-catatan berkaitan kecantikan wajah Rasulullah saw. Semoga kita mendapat syafaat dan doa daripada Baginda di akhirat nanti, insyaAllah. Adalah diluar kemampuan manusia untuk melukis gambaran mengenai rupa bentuk Rasulullah saw. Tetapi, para sahabat r.ah melalui kesucian hati mereka mempunyai kesanggupan untuk mengungkap kecantikan Rasulullah saw untuk tatapan umat akhir zaman yang baginda sayangi. Qurtubi menyatakan: keseluruhan kekacakan Rasulullah saw tidak dizahirkan. Jika dizahirkan, manusia tidak dapat menoleh sedikit pandangan pun kepada baginda. ( kecantilan bidadari boleh memengsankan semua manusia, inikan pula kecantilan Kekasih Allah!!! ) kecantikan Nabi Yusuf diserlahkan oleh Allah, tetapi kecantikan Rasulullah s...

Doakan Kesihatan Agar Kita Dipelihara ketika UjianNya

Image
Gambar Hiasan Nikmat kesihatan tiada tolok bandingnya. Allah swt menjadikan manusia sebagai ciptaannya yang paling baik (Surah al-Tiin) dengan setiap satu yang bersangkutan pada badan dan tubuh manusia itu mempunyai sistem yang sangat tersusun, teratur dan telah ditetapkan perjalanannya. Jika kita melihat satu patung atau robot yang bergerak bersumberkan sebatian kimia yang dikenali sebagai bateri, tetapi manusia, tanpa bateri dapat bergerak dan melakukan pergerakan tanpa kekok dan tanpa memerlukan diarahkan dan digerakkan oleh sesiapa. Manusia bergerak dengan kehendak diri mereka sendiri. Sungguh hebat ciptaan Allah swt ini sehingga kita tidak dapat melihat satu pun kecacatan dalam apa yang diciptakan oleh Allah swt walau di laut atau di bumi (Surah al-Mulk). Sehingga mereka yang cacat juga diciptakan sempurna oleh Allah Azza Wajalla. Namun, nikmat kesihatan ini amatlah sukar untuk dijaga melainkan kehendak Allah swt yang ingin memastikan kita sihat sama ada sebagai satu nikmat ...

Ramadhan Mengeratkan Hubungan Suami Isteri

Image
Gambar hiasan Ramadhan adalah bulan dimana penumpuan umat Islam lebih kepada ibadah puasa. Kita sering mendengar pesanan yang popular daripada junjungan besar kita Nabi s.a.w bahawa seseorang yang berpuasa itu mendapat dua kebahagian, pertama ketika berbuka puasa dan kedua adalah ketika bertemu Allah swt pada akhirat nanti. Hadith ini memberi gambaran bahawa ibadah puasa adalah ibadah yang akan memberikan kebahagian kepada umat Islam yang berpuasa. Walau pun berbuka puasa bersendirian atau dengan rakan-rakan, keriangan itu tetap ada. Mungkin kita teringat kenangan-kenangan berbuka seisi keluarga membuatkan suasana yang tenteram dan aman, sukar untuk dicari ganti dengan duit dan kekayaan. Bagi mereka yang bekeluarga, waktu berbuka puasa amatlah dinanti-nantikan. Anak-anak bersama-sama dihadapan juadah dan bersungguh-sungguh mengaminkan doa berbuka puasa apabila dibacakan oleh si ayah ataupun anak-anak yang lebih besar. Kemanisan berbuka puasa ini memberikan gambaran bahawa puas...