Posts

Showing posts from March, 2009

Kapitalis dan sosialis: Bagaimana dengan Equalis?

Oleh Mohd Amiruddin Hamzah Disaat dunia sedang merangkak menghadapi kebejatan ekonominya, banyaklah muncung-muncung mulut menguncup ke arah satu sistem yang dikenali sebagai kapitalis. Menurut mereka, kapitalislah yang menyebabkan ekonomi dunia sekarang gawat segawat-gawatnya. Manakan tidak, sebelum ini mereka memiliki kereta dan rumah, tapi akhirnya terpaksa berkampung di koridor seperti peminta sedekah, berkampung di hadapan white house untuk menunjukkan perasaan marah kepada bapak presiden dahulu yang membazirkan duit. Begitu juga seorang yang menjadi punca pendapatan keluarga, hilang kerja akibat kegagalan kilangnya untuk terus bertahan dan beroperasi. Inilah yang berlaku, dan inilah yang saya boleh lihat dan saya boleh dengar sewaktu berada di sebuah tanah yang bernama United States ini. Maka bergasak-gasaklah para presiden dan khadam (istilah lama bukan bererti hamba, tapi pegawainya) untuk mempertahankan ekonomi negara mereka kerena disitulah letaknya kunci kejayaan dan surviv...

Mendidik Jiwa yang Liar

Oleh Mohd Amiruddin Hamzah Sedar-tidak sedar, usia bumi ini telah dijangkakan melebihi 4.55 billion tahun. Kehidupan bumi ini telah dijelmakan kehadapan Rasulullah s.a.w ketika peristiwa mikraj baginda ke langit. Datang seorang perempuan tua berbongkok-bongkok dengan tangan dan badan dipenuhi dengan perhiasan daripada emas dan permata. Sayugia penciptaan bumi ini jauh lebih awal daripada penciptaan manusia. Sayugia kehidupan dunia ini tidak lain adalah permainan. Lihatlah dunia itu sendiri, yang digambarkan walaupun telah berusia, tetapi masih tenggelam dengan nikmatmya. Jiwa adalah perkataan Melayu asal yang bererti diri seseorang. Jiwa jika diterjemahkan dalam bahasa Arab bermaksud nafs dan lebih mirip kepada sesuatu yang dikonsepkan sebagai nafsu dalam istilah Melayu. Menurut satu riwayat (yang tidak dapat diingati oleh penulis akan usulnya) bahawa nafsu ini dijadikan oleh Allah sebelum kejadian manusia Adam a.s. Apabila terjadinya nafsu, duduknya di hadapan Allah s.w.t, maka di...

Terroris: Fitnah terbesar tanda akhir zaman?

Oleh Mohd Amiruddin Hamzah ...tidaklah dikatakan pejuang apabila kita membunuh seseorang sambil tangannya terikat. Islam sendiri menggariskan tatacara perlakuan terhadap musuh-musuh yang ditawan. Islam sama sekali melarang tawanan dibunuh melainkan tawanan itu melakukan kesalahan atau membuat sesuatu yang memberi hak kepada tentera Islam membunuhnya... Peristiwa 9/11 (11 September 2001), amat memberi kesan yang besar terhadap dunia Islam. Dengan slogan "We never forget!", memperlihatkan azam (dan mungkin dendam?) rakyat Amerika bahawa peristiwa yang meragut ribuan nyawa yang tidak berdosa ini tidak akan dilupakan selamanya. Hanya dalam tempoh beberapa jam, tohmahan telah dilemparkan terhadap dunia Islam yang mendalangi serangan yang diluar batas kemanusiaan ini. Tulisan ini pada kali ini akan mengulas senario ini dan mungkin inilah sebenarnya yang dimaksudkan nabi antara fitnah terbesar yang akan dilalui oleh Islam sebelum berakhirnya hayat dunia ini. Fitnah bahawa Islam ad...

Saidina Umar Al-Khattab r.a

Oleh Mohd Amiruddin Bin Hamzah S aidina Umar Al-Khattab atau terkenal dengan gelaran "Al-Farouk" merupakan salah seorang sahabat agung dan tokoh terkenal dalam perkembangan Islam. Falsafah pemikiran beliau amat memberi kesan dalam pembentukan masyarakat Islam bahkan menjadi idola dan diiktiraf bukan sahaja oleh umat Islam malah oleh sarjana Barat. Setiap titik peninggalan beliau baik sama ada dalam politik, ketenteraan dan pengurusan awam, menjadi asas kepada pembentukan masyarakat yang ada masa kini. Beliau telah diiktiraf oleh ramai penulis barat, sebagai contoh Micheal H. Mart dalam bukunya, 100 Most Influential People, sebagai individu ke 52 paling berpengaruh dalam sejarah peradaban Manusia. Mungkin senarai ini agak jauh di belakang Rasulullah s.a.w yang dinobat sebagai nombor satu dalam senarai itu, tetapi dua nama inilah yang telah diterima oleh penulis berkenaan daripada golongan Islam. Umar Al-Khattab mempunyai keunikan tersendiri dalam sejarah Islam. Beliau merupaka...

Memahami Keperluan dan Perlaksanaan Hukum Hudud Menurut Al-Quran

Image
Oleh Mohd Amiruddin Hamzah Hudud adalah kemuncak yang paling tinggi dalam pengajian dan pembelajaran undang-undang Islam. Ini kerana, hudud adalah satu-satunya hukum yang diturunkan daripada sisi Allah s.w.t dan bukan ciptaan sesiapapun. Bahkan hudud adalah hukum yang bukan sahaja turun dalam Al-Quran, bahkan, turut diturunkan dalam kitab Taurat dan Injil. Inilah yang terbukti, apabila terkandung dalam peristiwa berikut: Diriwayatkan daripada Abdullah bin Omar r.a katanya: Sesungguhnya pernah suatu ketika dua orang Yahudi lelaki dan perempuan yang berzina dihadapkan kepada Rasulullah s.a.w. Kemudian Rasulullah s.a.w berangkat menemui orang-orang Yahudi lalu bertanya: Apakah hukuman ke atas orang yang melakukan zina sebagaimana yang terkandung di dalam kitab Taurat? Mereka menjawab: Kami akan mencontengkan muka mereka dengan warna hitam, dan menaikkannya di atas kenderaan dalam keadaan beririgan, kemudian kami membawa mereka mengelilingi jalan. Selanjutnya baginda berkata: Datangkanlah ...

Kecilkah Perumpamaan Air dalam al-Quran?

Image
Air adalah sumber kehidupan. Itulah ungkapan gratis yang biasa kita dengar dimana-manapun. Kadang-kadang, ungkapan ini digunakan sebagai satu kempen untuk memberi kesedaran kepada manusia betapa pentingnya air itu dan jangalah dikotorkan atau dicemarkan. Sebagaimana ianya sebagai sumber kehidupan, kadang-kadang air bertukar menjadi sumber penyakit. Sesetengahnya, membawa kepada maut seperti taun, TB atau sebagainya. Namun perbincangan di sini bukanlah melihat kepada perkara ini secara khususnya, tetapi perbincangan yang ingin dibuat adakah kecil kalau kita fikirkan perumpamaan air dalam Al-Quran. Perbincangan ini sebenarnya timbul apabila penulis mendengar satu perdebatan antara seorang pemidato Islam iaitu Dr. Zakir Nair dengan seorang ilmuan kristian iaitu William Campbell. Apabila masuk dalam sesei soal jawab, seorang remaja Muslimah yang beriya-iaya untuk mengetahui apakah bukti saintifik yang boleh diekstrak daripada Injil (yang diimani oleh golongan kristian sekarang), sedangkan ...

Antara Darah dan Maruah

Terdetik hati ini untuk berbicara tentang suatu topik yang ada hubung kait dengan suatu yang amat penting dalam kehidupan manusia, iaitu darah dan maruah. Dua perkara ini amat berbeza bukan sahaja dari segi falsafahnya, tapi turut dalam ertikata fizikalnya. Darah sinonim dengan merah, tetapi mempunyai maksud yang lebih luas daripada itu dalam konteks bicara kita pada hari ini, itulah nyawa. Sedang nyawa pula adalah satu bahasa sanskrit tua yang membawa makna "hidup". Dalam konteks yang lebih berbeda, maruah lebih sinonim kepada satu ungkapan nusantara iaitu "air muka". Satu bentuk kata yang amat halus penciptaannya iaitu gabungan dua komposisi utama kehidupan iaitu air dan muka. Tampak duanya jauh berbeza, tetapi telaahnya tetap serasi sehingga digabungkan menjadi satu ungkapan bahasa yang amat terkenal. Maruah adalah satu perkataan yang berasal daripada Bahasa Arab yang telah mengislamisasikan bahasa melayu sejak kurun ke 14 atau lebih dahulu daripada itu. Mungkin...

Engkau Bahirahku...

Image
(rungkaian jiwa buat isteri tersayang... selamat hari lahir...) Engkau Bahirahku... Sekelumit bicara jiwa Mendengar desir nafasmu diperaduan waktu disamping kesuma kalbu kutahu nafasmu dalam diselimuti kenyenyakan malam biar disuluh cahaya neon matamu sedikit terbuka takut simanja terjaga biarpun dirimu dibuai penat biar pantangmu masih berusia engkau tetap mengalun lagu mengulit lena dalam terjaga itulah diri mu engkau bahirahku... berseri dan berseri bukan wajahmu jadi penanda tapi jiwamu yang menawan sukma bukan kerana lunak suaramu bukan kerana hartamu tetapi hanya kerana cintamu bahirahku, terima kasih atas lagu hidup ini terbuai aku kerna lagu mu tatanganmu membuat aku pilu kerana aku tidak dapat menandingi mu walaupun sebait lagumu indah susunan lagumu engkau susun irama hidup waktu sendu irama mu ceria waktu berjaya irama mu sejahtera andai lupa irama mu mengingatkan Bahirahku, andai diriku dipanggil pulang senyumlah dihatimu kerna dirimu akan ku kalungkan bukan dengan bunga ke...