Kecilkah Perumpamaan Air dalam al-Quran?
Air adalah sumber kehidupan. Itulah ungkapan gratis yang biasa kita dengar dimana-manapun. Kadang-kadang, ungkapan ini digunakan sebagai satu kempen untuk memberi kesedaran kepada manusia betapa pentingnya air itu dan jangalah dikotorkan atau dicemarkan. Sebagaimana ianya sebagai sumber kehidupan, kadang-kadang air bertukar menjadi sumber penyakit. Sesetengahnya, membawa kepada maut seperti taun, TB atau sebagainya. Namun perbincangan di sini bukanlah melihat kepada perkara ini secara khususnya, tetapi perbincangan yang ingin dibuat adakah kecil kalau kita fikirkan perumpamaan air dalam Al-Quran.
Perbincangan ini sebenarnya timbul apabila penulis mendengar satu perdebatan antara seorang pemidato Islam iaitu Dr. Zakir Nair dengan seorang ilmuan kristian iaitu William Campbell. Apabila masuk dalam sesei soal jawab, seorang remaja Muslimah yang beriya-iaya untuk mengetahui apakah bukti saintifik yang boleh diekstrak daripada Injil (yang diimani oleh golongan kristian sekarang), sedangkan dalam al-Quran adalah sebuah kitab yang terbukti mengandungi semua unsur-unsur bukti terutama dengan mukjizatnya menjelaskan perkara-perkara termasuk sains penciptaan juga pengetahuannya terhadap apa yang akan berlaku di masa hadapan. Dengan mengambil contoh air sebagai satu petunjuk signifikan seperti yang telah disentuh oleh pemidato, remaja terbabit menyatakan ianya bukti kebenaran yang ada pada Islam.
Dalam jawapan balas yang spontan, Dr William dengan sinis menyetakan sefahamnya adalah seperti berikut:
Saya tidak berniat untuk memperkecilkan kitab anutan rakan-rakan kristian. Cuma saya tidak dapat memuaskan hati untuk memujuk hati saya dalam membincangkan mengenai kekuatan bible untuk saya ekstrakkan hukum yang boleh menjadi asas ajaran kristian. Bagi saya, agama bukanlah sahaja menggarap cerita-cerita lama yang mana menjadi satu ciri sesebuah kitab iaitu menceritakan sesuatu dengan betul atau memperbetulkan cerita yang ada yang diceritakan sebelum ini. Agama perlulah mempunyai prinsip dan perletakan hukum yang konsisten yang menjadi asas dalam peletakan hukum.
Berbalik pada topik perbincangan dalam tulisan ini, air dilihat sebagai sumber kehidupan. Dalam al-Quran sahaja terdapat 21 kali sebutan perkataan "almiyah" yang membawa erti air. Bayangkan satu tempat yang pesat membangun, bangunan yang tinggi mencakar langit, tapi akan ditertawakan orang apabila sistem pengairannya lemah. Bagaimanapun pembangunan yang diciptakan dan betapapun kemodenan berlangsung, keperluan terhadap air tetap sama. dan boleh dikatakan, bahawa air adalah makhluk yang paling lama wujud di muka bumi ini seperti wujudnya tanah. Dari zaman nabi Adam sehingga sekarang, air tetap diperlukan.
Umum mengatahui bahawa air terhasil melalui dua sebatian kimia iaitu oksigen dan hidrogen. Saya teringat kepada satu khutbah yang disampaikan beberapa sebelum ini, iaitu keunikan air adalah sangat berbeza dengan yang lainnya, kerana carilah ahli kimia manapun, suruhlah mereka menciptakan air melalui adunan oksigen dan hidrogen, makan pastinya mereka tidak akan mampu melakukannya. Yang hanya mereka mampu adalah membuat kaedah pemejalwapan, iaitu bagaimana juzuk air yang terkandung dalam sesuatu objek, diserap ke udara dan kemudian bertukar menjadi air semula. Lihatlah betapa hebatnya ciptaan air, Allah s.w.t memberikan pengetahuan tentang ramuan mencipta air tetapi tidak bagaimana air itu diciptakan.
Oleh sebab demikian, sekiranya berlaku kemarau, pihak pejabat kaji cuaca tidak boleh menciptakan air, yang boleh hanyalah membenihkan awan, atau membuat awan tiruan untuk membolehkan air diturunkan sebagai hujan. Islam sendiri melalui konsep ini, telah menjelaskan melalui Al-Quran, bahawa allahlah yang menurunkan hujan dan tidak ada yang mampu mencipta air hujan tersebut.
Justeru, cukuplah dengan air sebagai satu bukti kewujudan tuhan yang menurunkan air sebagai satu bentuk rahmat kepada umat manusia, haiwan dan tumb-tumbuhan. Dalam perkembangan manusia moden, air digunakan untuk menjana kuasa yang paling selamat dan amat berkesan. Penciptaan empangan sama ada buatan manusia atau semulajadi amat menakjubkan. Bagaimana sebuah tempat yang digunakan untuk menakung air, yang terletak ditempat yang tinggi, disalurkan airnya melalui lorang-lorang tertentu untuk mewujudkan tenaga kenetik yang kemudiannya menggerakkan turbin-turbin atau kipas-kipas yang dilingkungi oleh satu gegelung megnet. Maka terciptalah satu kuasa yang dikenali sebagai kuasa elektrik. Juzuk air yang berbentuk bendalir iaitu sesuatu yang boleh bergerak, mengikut ruang menjadikan ianya sebagai satu juzuk yang begitu fleksibel yang boleh dimanipulasi mengikut kehendak manusia.
Berbeza dengan punca kuasa-kuasa yang lain, seperti kuasa nuklear, kuasa kimia (bateri) atau kuasa-kuasa lain, yang jauh lebih membahaya jika dibandingkan dengan air yang lebih selamat dan lebih berbentuk "sejahtera". Tidakkah ini, menunjukkan hebatnya air dan mengapa air dijadikan ikon khusus dalam mengambarkan kekuasaaan Allah s.w.t dalam penciptaan makhluk keseluruhannya dalam al-Quran. al-Quran bukan sahaja menyebut mengenai air dalam pentuk penceritaan tentang keperluan manusia kepada air, atau cerita-cerita yang mengkaitkan sesuatu peristiwa dengan air, tetapi juga menceritakan peranan air itu diciptakan. Allah s.w.t berfirman:

"Tidak ada apa yang hebatpun dalam perumpamaan air itu."Saya lebih melihat, jawapan yang dilontarkan oleh paderi ini tidak lain sebagai hanya untuk mengelak daripada membuat perbincangan lanjut mengenai konsep-konsep sains yang lain dalam Al-Quran. Bagi saya, beliau gagal untuk mengakui bahawa penulisan bible hanyalah berbentuk historical view pencatatnya sahaja. Bentangkan sahaja apa-apa bentuk bible, bagi saya hanyalah berbentuk garapan cerita yang sukar untuk diekstrak isi-isi hukum, falsafah, akhlak dan ibadah atau sebagainya.
Saya tidak berniat untuk memperkecilkan kitab anutan rakan-rakan kristian. Cuma saya tidak dapat memuaskan hati untuk memujuk hati saya dalam membincangkan mengenai kekuatan bible untuk saya ekstrakkan hukum yang boleh menjadi asas ajaran kristian. Bagi saya, agama bukanlah sahaja menggarap cerita-cerita lama yang mana menjadi satu ciri sesebuah kitab iaitu menceritakan sesuatu dengan betul atau memperbetulkan cerita yang ada yang diceritakan sebelum ini. Agama perlulah mempunyai prinsip dan perletakan hukum yang konsisten yang menjadi asas dalam peletakan hukum.
Berbalik pada topik perbincangan dalam tulisan ini, air dilihat sebagai sumber kehidupan. Dalam al-Quran sahaja terdapat 21 kali sebutan perkataan "almiyah" yang membawa erti air. Bayangkan satu tempat yang pesat membangun, bangunan yang tinggi mencakar langit, tapi akan ditertawakan orang apabila sistem pengairannya lemah. Bagaimanapun pembangunan yang diciptakan dan betapapun kemodenan berlangsung, keperluan terhadap air tetap sama. dan boleh dikatakan, bahawa air adalah makhluk yang paling lama wujud di muka bumi ini seperti wujudnya tanah. Dari zaman nabi Adam sehingga sekarang, air tetap diperlukan.
Umum mengatahui bahawa air terhasil melalui dua sebatian kimia iaitu oksigen dan hidrogen. Saya teringat kepada satu khutbah yang disampaikan beberapa sebelum ini, iaitu keunikan air adalah sangat berbeza dengan yang lainnya, kerana carilah ahli kimia manapun, suruhlah mereka menciptakan air melalui adunan oksigen dan hidrogen, makan pastinya mereka tidak akan mampu melakukannya. Yang hanya mereka mampu adalah membuat kaedah pemejalwapan, iaitu bagaimana juzuk air yang terkandung dalam sesuatu objek, diserap ke udara dan kemudian bertukar menjadi air semula. Lihatlah betapa hebatnya ciptaan air, Allah s.w.t memberikan pengetahuan tentang ramuan mencipta air tetapi tidak bagaimana air itu diciptakan.
Oleh sebab demikian, sekiranya berlaku kemarau, pihak pejabat kaji cuaca tidak boleh menciptakan air, yang boleh hanyalah membenihkan awan, atau membuat awan tiruan untuk membolehkan air diturunkan sebagai hujan. Islam sendiri melalui konsep ini, telah menjelaskan melalui Al-Quran, bahawa allahlah yang menurunkan hujan dan tidak ada yang mampu mencipta air hujan tersebut.
Justeru, cukuplah dengan air sebagai satu bukti kewujudan tuhan yang menurunkan air sebagai satu bentuk rahmat kepada umat manusia, haiwan dan tumb-tumbuhan. Dalam perkembangan manusia moden, air digunakan untuk menjana kuasa yang paling selamat dan amat berkesan. Penciptaan empangan sama ada buatan manusia atau semulajadi amat menakjubkan. Bagaimana sebuah tempat yang digunakan untuk menakung air, yang terletak ditempat yang tinggi, disalurkan airnya melalui lorang-lorang tertentu untuk mewujudkan tenaga kenetik yang kemudiannya menggerakkan turbin-turbin atau kipas-kipas yang dilingkungi oleh satu gegelung megnet. Maka terciptalah satu kuasa yang dikenali sebagai kuasa elektrik. Juzuk air yang berbentuk bendalir iaitu sesuatu yang boleh bergerak, mengikut ruang menjadikan ianya sebagai satu juzuk yang begitu fleksibel yang boleh dimanipulasi mengikut kehendak manusia.
Berbeza dengan punca kuasa-kuasa yang lain, seperti kuasa nuklear, kuasa kimia (bateri) atau kuasa-kuasa lain, yang jauh lebih membahaya jika dibandingkan dengan air yang lebih selamat dan lebih berbentuk "sejahtera". Tidakkah ini, menunjukkan hebatnya air dan mengapa air dijadikan ikon khusus dalam mengambarkan kekuasaaan Allah s.w.t dalam penciptaan makhluk keseluruhannya dalam al-Quran. al-Quran bukan sahaja menyebut mengenai air dalam pentuk penceritaan tentang keperluan manusia kepada air, atau cerita-cerita yang mengkaitkan sesuatu peristiwa dengan air, tetapi juga menceritakan peranan air itu diciptakan. Allah s.w.t berfirman:
Dan kemukakanlah kepada mereka misal perbandingan: Kehidupan dunia ini samalah seperti air yang Kami turunkan dari langit, lalu bercampur aduklah tanaman di bumi antara satu sama lain (dan kembang suburlah ia) disebabkan air itu; kemudian menjadilah ia kering hancur ditiup angin; dan (ingatlah) adalah Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatuBegitulah penciptaan air, bukanlah satu penciptaan Allah s.w.t yang kcil bahkan mengandungi seribu macam hikmah. Saya menyelar paderi ini dalam berkata demikian. Ingatlah, apa pun agama kita, kita tetap yakin kita milik tuhan, dan janganlah kita berbesar diri dan berlaku sombong, bukan sahaja melalui perbuatan atau percakapan. -ah
Comments
Best baca hasil garapan abang.
Air walaupun kita nampak simple, mudah dijumpai di mana-mana tapi peranannya amatlah besar. Kita tidak dapat hidup tanpa air.