Makan dan makanlah, sampai kenyang... lupa dan lupalah, apabila kenyang...
Kesempatan yang sebentar tadi bermuzakarah (ingat mengingatkan) antara saya dengan kekanda berlangsung melalui YM... jauh, dari Kuala Terengganu ke Washington DC. Topik yang dibincangkan amatlah ringkas. Sebentar tadi selepas isya', berkesempatan melihat sepotong klip video di Youtube, seorang Ustaz bernama Ustaz Azhar (sangat glamour di Terengganu) mengajar mengenai adab duduk dalam toilet... katanya, bagi ulama, ada dua sifat utama, pertama tidak duduk lama dalam toilet melainkan darurah, bahkan ulama akan keluar dari tandas apabila selesai Qada' hajatnya. Sifat kedua menurutnya, Ulama tidak berperut buncit. Kerana perut buncit itu akan membuatkan seseorang menjadi lembab, malas, benak (bahasa Terengganu - lambat faham, mudah lupa). Terasa juga tertampar diri sendiri. Walaupun saya bukanlah seorang 'alim dari kalangan ulama', tapi cukuplah kalau diri ini mahu mencontohi ulama'. Atau, kalau tidak mampu, mengasihi ulama'. Rasa tertampar di pipi kanan, apabila be...