Jangan Bermain dengan Api Khianat
1. Khianat adalah satu perbuatan yang memang dibenci dan tidak disukai. Daripada khianat ini datanglah rasuah dan penyelewengan. Cari sahaja dimana-mana, pastinya perbuatan khianat ini tidak dapat diterima oleh agama, undang-undang atau masyarakat. 2. Ada yang khianat atas kepercayaan teman-teman. Bahkan ada juga yang khianat dengan kuasa. Semuanya berlaku dalam keadaan sedar yang dipilih oleh pembuatnya. Apa yang mendorongnya usahlah ditanya. Ianya pasti dijadikan alasan. Sebab anak, sebab kesempitan hidup, tiada pilihan dan sebagainya. 3. Memang bagi setiap perlakuan khianat ini adalah disediakan dengan siksaan oleh Allah swt di akhirat kelak. Namun begitu, sering kali manusia mudah melupakannya. Kadang kala perlakuan melakukan khianat ini telah bersemi menjadi budi dan darah sesetengah dari kita. 4. Saya pernah mendengar satu kisah bahawa pernah berlaku satu perebutan pusaka. Kerana anak-anak yang ditinggalkan si mati masih kanak-kanak, semua hartanya diambil oleh bapa saudara me...