Posts

Showing posts from March, 2010

Kalau begini takutmu pada Allah

Orang yang paling takut kepada Allah daripada kamu adalah golongan ulama. Ulama bererti, mereka yang alim iaitu tahu sedalam-dalamnya dalam satu ilmu. Dalam pengistilahan Melayu, Ulama disandarkan hanya kepada golongan agamawan yang memperjuangkan setiap detik hidupnya untuk berbakti kepada Allah s.w.t dan Islam. Ulama mestilah berani menyatakan "bahawa tuhan ku adalah Allah" walaupun mata pedang diletak di atas batang tengkuknya. Ulama mempamerkan sifat tawakkal yang paling tinggi dan tidak bergantung kepada pemberian manusia. Kemodenan dunia hari ini, mungkin sukar untuk mencari seorang ulama diletak mata pedang pada lehernya dan disuruh untuk meninggalkan Islam, sehingga ulama itu berkeras dan menyatakan Allah adalah tuhanku dan Islam adalah agamaku sehingga kerongkongnya dicarik-carik oleh pedang itu. Tetapi dalam kaedah moden ini, lebih merbahaya kerana ulama dikelilingi dengan kemewahan dunia sehingga ada sesetengahnya yang berpaut pada kesenangan dunia dan ditipu oleh ...