Kalau ada seorang yang sepertimu, tidak kami seperti ini
Gambar hiasan sahaja. Cerita di entry ini mungkin berbeza dengan versi buku ini sekiranya ada. Entry ini bukan sebahagian daripada buku ini. Teringat perbualan dengan seorang sahabat. "Kalau ada seperti Saidina Umar nescaya Baitul Maqdis milik kita". Kisah mengenai umar seperti saya nukilkan dalam entry lepas seperti di sini . Tidak dapat saya nafikan yang kisah Umar ini sangat meruntun jiwa saya. Keunikannya, kehebatan jiwanya membuatkan rasa kecil diri ini. Kita bertilam empuk, sedang dia berguni kasar tidurnya. Matinya hanya berpusakakan beberapa dirham sahaja. Mati kita meninggalkan sebuah rumah dan kereta. Ya Allah, kehebatan Saidina Umar ini membuatkan hati kita sangat kecut. Kalau saya boleh bertemunya dalam mimpi, ingin saya mencium tangannya sepuas-puasnya. Ketika tentera Islam di bawah komandernya Ubaidah mengepong Baitul Makdis, pemuka Yahudi telah berusaha untuk menguji kekuatan iman tentera Islam. Ditaburnya kepingan imas terbaik berhampiran kem tent...