Posts

Showing posts from June, 2015

Gandakan Sedekah di bulan Ramadhan

Image
Bulan ramadhan adalah avenue terbaik untuk mengubah tabiat kita dalam melakukan sesuatu untuk menukarkan ianya menjadi satu ibadah. Bulan Ramadhan memberi ruang untuk setiap hamba berubah dengan usaha sendiri dan doa kepada Allah s.w.t. Memang banyak hadith-hadith yang dibacakan kepada kita berkenaan dengan kelebihan Ramadhan. Namun sesetengah daripada kita tetap lupa untuk menghayati intisari hadith tersebut. Yang ada hanya rasa untuk makan dan menikmati jamuan berbuka puasa. Sehingga lupa tuntutan yang lebih besar daripada itu iaitu tuntutan ibadah. Ibadah pada bulan ini sebenarnya tidak mudah untuk dilakukan. Dengan keletihan dan rasa panas, mencabar produktiviti kita dalam beribadah. Sepatutnya bulan ini bukan hanya tertumpu pada ibadah puasa sahaja, bahkan ibadah-ibadah lain yang harus kita lakukan. Sekiranya ini kita tidak lakukan, maka tergolonglah kita ke dalam hadith Rasulullah bahawa kita hanya berpuasa dan mendapat lapar dan dahaga sahaja. Ibadah yang paling mudah un...

Al-Quran : Peninggalan Rasulullah s.a.w yang Paling Berharga. Hargailah.

Image
Bagi yang membaca al-Quran perlahan-lahan, ditegur kesalahan, jangan gusar, tapi teruskanlah membaca. Al-Quran adalah kalam Allah dan hanya Allah yang memberikan ganjaran kepada pembacanya. Biarlah Allah menilai atas usaha anda dan kasih sayang anda pada kalamNya. Kita tidak risaukan kepada mereka yang merangkak baca ayat-ayat suci ini, yang kita risaukan adalah mereka yang tidak mahu atau enggan mencuba membacanya. Yang lebih dirisaukan adalah mereka yang pandai tapi tidak mahu memimpin rakan-rakan lain untuk membaca. Sedangkan Nabi saw berkata, sebaik baik kita adalah mereka yang belajar al-Quran dan mengajarnya kepada rakan-rakan kita. Al-Quran ini adalah rakan, penenang, pelindung dan yang paling penting pensyafaat untuk kita selamat dari huru hara hari kiamat. Semoga dengannya kita bertemu dengan Allah dalam keadaan bahagia. Tiada ingatan atau hafalan dan pembacaan al-Quran bererti seperti rumah kosong tanpa perabutnya. Ada orang yang hanya mampu membeli perabut yang murah, u...

Sayangi Haiwan. Mereka Ciptaan Tuhan

Image
  Terkejut mendengar berita hari ini sebuah Majis Perbandaran menganjurkan hari menangkap anjing liar, dengan upah RM10.00 setiap seekor anjing dapat ditangkap dan diserahkan kepada Majlis. Berita lanjut boleh dibaca di sini. http://www.thestar.com.my/News/Nation/2015/06/03/Two-save-hundred-dogs/ Islam meletakkan tempat yang tersendiri bagi anjing. Bagi haiwan yang lain pula, Al-Quran memberi tempat kepada haiwan untuk disebut dalam al-Quran. Mungkin kita teringat tentang kisah semut, unta, lembu dan sebagainya yang disebut oleh Al-Quran dengan kisahnya yang tersendiri. Hasrat Majlis Perbandaran ini adalah untuk mengurangkan anjing liar yang berada di kawasan mereka yang menganggu keselamatan awam. Walau bagaimanapun, menurut MP kawasan terbabit, tindakan itu mungkin mengundang kekejaman kepada anjing kerana orang ramai mungkin cuba menangkap mereka. Dalam menguruskan perkara ini saya berasakan pegawai yang meleluskan kempen berkenaan mungkin tidak menimbang sensitiviti masya...