Posts

Showing posts with the label Taklim Online

Hanya mukjizat yang kekal: Anai-anai dan al-Quran

Image
Al-Quran adalah kalam teragung, mesej jelas yang melangkaui pemikiran manusia. Perkara-perkara yang diungkapnya, tidak mampu dicetuskan oleh akal manusia yang sebesar tempurung itu. Manusia boleh mencipta sebuah kapal terbang airbus, pyramid, dan berbagai-bagai ciptaan tetapi manusia tidak boleh mencipta ayat-ayat al-Quran yang menunjukkan kepada perkara yang datang dari sisi tuhan. Sebagai contoh, 1400 tahun yang lalu, al-Quran telah menceritakan bagaimana matahari tersebut berputuar pada paksinya, dan pada masa yang sama mempunyai orbit yang tersendiri. Siapa yang mengetahuinya, kalau bukan penciptanya. Kejadian yang berlaku di Hyderabad, yang mana teks ayat al-Quran bertulisan Arab tidak dijamah oleh anai-anai yang melahap kertas al-Quran tersebut. Semua teks translasinya dalam Bahasa Urdu dikikisnya. Menjadikan nyata tinggalan sebaris-sebaris ayat al-Quran ditinggalkan. Semua ini adalah kuasa dan keagungan al-Quran yang ditinggikan Allah. Dialah yang menurunkan Al-Quran dan Dia...

Kalau Rindu Hari Yang Lalu

Image
Rindu adalah satu anugerah tuhan yang tak ternilai. Apa itu rindu? Rindu adalah nostalgia. Kebiasaannya, rindu adalah ingatan terhadap apa-apa yang meruntun jiwa kearah keseronokan, kekaguman dan keindahan. Merindui mati adalah tanda orang yang cerdik. Itu sabda junjungan. Orang yang paling cerdik adalah orang yang paling banyak mengingati mati. Kenapa? Mati mendamparkan jiwa kita kepada yang Esa, mengecutkan diri dari keagahan jiwa. Lebih dari itu, mati memulangkan kita kepada penciptaan asal. Manusia dicipta daripada tanah. Tetapi sebelum itu, manusia dijadikan lebih awal dalam bentuk ruh. Tanpa kita tahu aturan ruh itu, tapi kita percaya, kita lebih awal diciptakan dari jasad kita. Rindu kepada satu peristiwa, kita dihimpun bersama-sama, putih bersih setiap ruh, sehingga Allah swt menanyakan kita, Akukah Pencipta Mu?, kita menjawab, Bahkan, Engkaulah tuhan kami. Merindui saat ruh suci di alam lahut, asyik dengan keagungan Allah, butiran-butiran tasbih, tahmid, dan takbir menge...

Taklim: Seorang Pengemis Membawa Cetong

Berikut adalah catatan sesi taklim dengan kekanda saya untuk dikongsi dengan rakan-rakan semua. Sedarlah saya bahawa semua kita ini adalah fakir, walaupun orang kaya. Patutlah juga seorang wali Allah s.w.t. akan menghina diri dia di hadapan Allah s.w.t. Padahal tidak ada orang biasa yang setanding dengannya. Amal ibadatnya. Ikhlasnya... Tidak pernah berasa tinggi dan hebat di hadapan Allah. Takut akan ujian lantaran besar diri yang terucap di bibir mereka. Renungkanlah... me: salam. ustaz: waalaikumussalam Sent at 11:55 AM on Tuesday me: ada taklim hari ni? ustaz: pasal cetong la me: hehe dok menarik ustaz: dok meanrik ke? seorang pengemis membawa cetong me: bagi tajuk lain sikit ustaz: tu la tajuk dia ayat quran dia anta fuqaraa'u ilallah me: baru best tajuk tuh ustaz: tu ah tajuk dia.. cetong pengemis me: ok la ustaz: seorang pengemis yang berbangga dengan cetong dia.. logik ke? me: hehe... cetong emas ustaz: tuhan letak kekayaan dalam cetong dia, pastu dia berbangga kan do...