Posts

Showing posts with the label Tokoh

Kecantikan dan Keindahan Lahiriyyah Rasulullah s.a.w

Image
Rasulullah saw adalah insan terulung sepanjang zaman. Kerinduan kita kepada Baginda membuak-buak dan semakin lama semakin dekat kita dengan baginda melalui pengamalan sunnah baginda dan salawat berterusan kepada Baginda. Hari ini kami ingin menukilkan catatan-catatan berkaitan kecantikan wajah Rasulullah saw. Semoga kita mendapat syafaat dan doa daripada Baginda di akhirat nanti, insyaAllah. Adalah diluar kemampuan manusia untuk melukis gambaran mengenai rupa bentuk Rasulullah saw. Tetapi, para sahabat r.ah melalui kesucian hati mereka mempunyai kesanggupan untuk mengungkap kecantikan Rasulullah saw untuk tatapan umat akhir zaman yang baginda sayangi. Qurtubi menyatakan: keseluruhan kekacakan Rasulullah saw tidak dizahirkan. Jika dizahirkan, manusia tidak dapat menoleh sedikit pandangan pun kepada baginda. ( kecantilan bidadari boleh memengsankan semua manusia, inikan pula kecantilan Kekasih Allah!!! ) kecantikan Nabi Yusuf diserlahkan oleh Allah, tetapi kecantikan Rasulullah s...

Kalau ada seorang yang sepertimu, tidak kami seperti ini

Image
Gambar hiasan sahaja. Cerita di entry ini mungkin berbeza dengan versi  buku ini sekiranya ada. Entry ini bukan sebahagian daripada buku ini. Teringat perbualan dengan seorang sahabat. "Kalau ada seperti Saidina Umar nescaya Baitul Maqdis milik kita". Kisah mengenai umar seperti saya nukilkan dalam entry lepas seperti di sini . Tidak dapat saya nafikan yang kisah Umar ini sangat meruntun jiwa saya. Keunikannya, kehebatan jiwanya membuatkan rasa kecil diri ini. Kita bertilam empuk, sedang dia berguni kasar tidurnya. Matinya hanya berpusakakan beberapa dirham sahaja. Mati kita meninggalkan sebuah rumah dan kereta. Ya Allah, kehebatan Saidina Umar ini membuatkan hati kita sangat kecut. Kalau saya boleh bertemunya dalam mimpi, ingin saya mencium tangannya sepuas-puasnya. Ketika tentera Islam di bawah komandernya Ubaidah mengepong Baitul Makdis, pemuka Yahudi telah berusaha untuk menguji kekuatan iman tentera Islam. Ditaburnya kepingan imas terbaik berhampiran kem tent...

Muhammad: Namamu Teragung

Image
Oleh Mohd Amiruddin bin Hamzah Kesempatan yang singkat, terfikir sejenak kepada satu ayat Allah, dalam satu surah pendek yang seringkali juga dibaca. Sebelum saya ungkapkan ayat suci itu, suka untuk terus menyebut nama ini. Muhammad. Syukur juga kerana nama ini wujud dipermulaan nama saya. InsyaAllah, pada akhirat nanti, saya akan cuba berbangga apabila nama saya dipanggil oleh malaikat. Apa tidaknya, nama yang dipanggil adalah nama seorang yang amat besar di padang mahsyar nanti. Muhammad. Kekasih Allah, tuan empunya padang mahsyar, pemegang anak kunci syurga. Firman Allah s.w.t: "Dan Kami telah meninggikan bagimu: sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)?" - Al-Insyirah 4 Ayat ini secara jelas menjulang tinggi Nabi Muhammad sebagai seorang yang bukan sahaja tinggi nilai pekertinya, malah perkataan namanya sendiri dijulang Allah sepanjang zaman. Lihat saja nama nabi dihubungkan dengan Allah dalam syahadah. Tidak lengkap syahadah tanpa mengakui...

Merindui Semangat Muhammad Al-Fatih

Image
Oleh Mohd Amiruddin Bin Hamzah (Merindui semangat Muhammad Al-Fatih dan tenteranya yang menakluk kubu kuat kristian di timur dan barat, kota konstantinople pada 29 Mei 1453, iaitu hampir 555 tahun yang lalu.) Jurnal ini sekali lagi menjengah ke arena tokoh. Berputar juga benak penulis memilih tokoh yang ingin ditulis pengkisahan dan kehebatan riwayatnya. Ini kerana terlalu banyak tokoh yang berlegar "slide"nya dalam pemikiran penulis. Akhirnya, penulis tekad untuk menulis mengenai tokoh pahlawan Islam yang sifatnya meniti di bibir Rasulullah s.a.w walaupun kehadirannya adalah dalam beberapa abad selepas kewafatan Rasulullah s.a.w. Tokoh yang dimaksudkan adalah Sultan Muhammad bin Murad II al-Fatih (Mehmet II), sultan Kerajaan Uthmaniyyah, Turki atau beliau lebih agong dikenali sebagai Muhammad Al-Fatih, pembuka kota Constantinople. Riwayat Hidup Beliau dilahirkan pada 27 Rejab 835 H bersamaan 30 Mac 1432 M. Beliau dibesarkan dalam persekitaran kerajaan yang stabil hasil dedik...

Maryam, Ikon Wirawati Islam Sepanjang Zaman

Image
Oleh Mohd Amiruddin Hamzah Nama Maryam bukanlah satu nama yang " favorite " yang selalu dipilih oleh para ibu bapa dalam menamakan anak-anak perempuan mereka. Selain kelihatan agak ketinggalan dan nama tersebut mungkin menurut mereka tidak moden bunyinya jika dibandingkan dengan nama-nama moden yang cantik disebutnya, tetapi tidak cukup helaian kamus apabila hendak diketahui maksudnya. Namun begitu, dalam Islam, nama ini adalah satu nama yang besar dan diterima oleh tiga ugama utama iaitu Islam, Kristian dan Yahudi. Maryam adalah satu nama yang besar dalam Al-Quran. Nama yang merujuk kepada seorang wanita suci yang menjadi pilihan tuhan ke atas semua wanita yang diciptakan tuhan. Maryam adalah satu-satunya nama wanita yang disebut secara soreh dalam al-Quran, dan apabila dibariskan, maka ternyatalah beliau mempunyai kedudukan sebaris dengan Nabi-nabi yang dirakam nama mereka yang asal dalam al-Quran. Maryam adalah seorang yang menjadi penanda aras keimanan yang tinggi kep...

Saidina Umar Al-Khattab r.a

Oleh Mohd Amiruddin Bin Hamzah S aidina Umar Al-Khattab atau terkenal dengan gelaran "Al-Farouk" merupakan salah seorang sahabat agung dan tokoh terkenal dalam perkembangan Islam. Falsafah pemikiran beliau amat memberi kesan dalam pembentukan masyarakat Islam bahkan menjadi idola dan diiktiraf bukan sahaja oleh umat Islam malah oleh sarjana Barat. Setiap titik peninggalan beliau baik sama ada dalam politik, ketenteraan dan pengurusan awam, menjadi asas kepada pembentukan masyarakat yang ada masa kini. Beliau telah diiktiraf oleh ramai penulis barat, sebagai contoh Micheal H. Mart dalam bukunya, 100 Most Influential People, sebagai individu ke 52 paling berpengaruh dalam sejarah peradaban Manusia. Mungkin senarai ini agak jauh di belakang Rasulullah s.a.w yang dinobat sebagai nombor satu dalam senarai itu, tetapi dua nama inilah yang telah diterima oleh penulis berkenaan daripada golongan Islam. Umar Al-Khattab mempunyai keunikan tersendiri dalam sejarah Islam. Beliau merupaka...