Kecantikan dan Keindahan Lahiriyyah Rasulullah s.a.w

Rasulullah saw adalah insan terulung sepanjang zaman. Kerinduan kita kepada Baginda membuak-buak dan semakin lama semakin dekat kita dengan baginda melalui pengamalan sunnah baginda dan salawat berterusan kepada Baginda. Hari ini kami ingin menukilkan catatan-catatan berkaitan kecantikan wajah Rasulullah saw. Semoga kita mendapat syafaat dan doa daripada Baginda di akhirat nanti, insyaAllah.

Adalah diluar kemampuan manusia untuk melukis gambaran mengenai rupa bentuk Rasulullah saw. Tetapi, para sahabat r.ah melalui kesucian hati mereka mempunyai kesanggupan untuk mengungkap kecantikan Rasulullah saw untuk tatapan umat akhir zaman yang baginda sayangi.

Qurtubi menyatakan: keseluruhan kekacakan Rasulullah saw tidak dizahirkan. Jika dizahirkan, manusia tidak dapat menoleh sedikit pandangan pun kepada baginda. ( kecantilan bidadari boleh memengsankan semua manusia, inikan pula kecantilan Kekasih Allah!!! ) kecantikan Nabi Yusuf diserlahkan oleh Allah, tetapi kecantikan Rasulullah saw lebih dari itu tetapi tidak dizahirkan.

Al Barra bin 'Azib ra berkata bahawa beliau tidak pernah melihat sesiapa yang terlebih tampan daripada Rasulullah saw. Saidina Ali ra berkata beliau tidak pernah melihat sesiapa sekacak dan sesegak Rasulullah saw sebelum dan sesudahnya.

Hind ra berkata wajah Rasulullah saw menyinar seumpama bulan purnama penuh. Sementara Jabir ra berkata: bagawa suatu ketika semasa bulan terang benderang, daku melihat kepada wajah Rasulullah saw dan juga ke arah bulan, tetapi mengikut pandanganku wajah Rasulullah saw terlebih cantik daripada bulan. Abu Hurairah ra berkata bahawa Rasulullah saw tersangat putih seolah-oleh baginda dijadikan daripada Perak. 

Anas ra berkata: 

Rasulullah saw tidaklah tersangat tinggi dan juga tidak tersangat rendah, dan wajahnya tidaklah terlalu putih seumpama air kapur dan tidak pula pucat pudar. Rambut mulis Rasulullah saw tidaklah terlalu luris (kejor) dan tidak terlampau kerinting (seperti orang-orang negro). Allah swt mengurniakan kenabian kepadanya tatkala umurnya empat puluh tahun. Beliau telah tinggal di Mekah selama 10 tahun dan di Madinah selama 10 tahun dan Allah telah mewafatkannya ketika umur Baginda mencapai lebih enam puluh tahun. Dan uban yang ada pada rambut dan janggutnya tidak melebihi dua puluh helai".

Cetatan ini dari buku Insan Teladan Sepanjang Zaman. Diambil ringkas dan tuan-tuan boleh membelinya untuk pembacaan lanjut.

Semoga nanti kita bertemu baginda. Rasulullah engkaulah buah hati kami, pengarang jantung kami, hidup kami sarat dengan rindu kami kepada mu.

Comments

Popular posts from this blog

Hiasi Harimu dengan al-Quran

Merindui Semangat Muhammad Al-Fatih

Muhammad: Namamu Teragung