Hiasi Harimu dengan al-Quran
![]() |
| Screen shot untuk bacaan al-quran di iman4u.com |
Alhamdulillah. Projek iman4u.com kami semakin berkembang. Minggu ini kami berupaya untuk bangunkan balik audio page untuk iman4u.com dan kami namakan kod dengan Audion atau Audio al-Quran.
Audion gunakan sepenuhnya HTML5 untuk sokongan audio yang baik. Kami adunkan juga dengan jquery untuk bolehkan bacaan al-Quran yang pebih interaktif. Hasrat kami adalah pengguna boleh membaca al-Quran dan terjemahannya ketika mendengar bacaan yang mulia ini.
Kami sokong page untuk bacaan ini dengan sumber bacaan daripada everyayah.com/versebyverse project untuk bantu kurangkan kesan pada bandwidth kami. Kami sedang mengumpul dana untuk buka satu server berasingan untuk host image dan mp3 bacaan al-Quran ini. Kos sekitar RM800 setahun sebab kami menggunakan cloud virtual private server dan CDN. Oleh kerana kosnya agak tinggi (semua caj ke kredit kad saya), saya tangguhkan dahulu. InsyaAllah, dalam beberapa ketika ini, kita menggunakan server everyayah.com untuk tujuan bacaan.
AUDION membolehkan pengguna mendengar bacaan daripada pelbagai qari yang hebat sama ada di masjidil haram ataupun imam masjid-masjid utama yang lain. Ini termasuk qari popular seperti Abdul Basit dan Saad Ghamidi. Seramai lebih 20 qari boleh dipilih untuk perdengarkan bacaan.
Sebagai nilai tambah, kami bangunkan juga aplikasi ini dengan nilai interaktif iaitu ayat al-Quran dan terjemahannya dipaparkan ketika bacaan dibacakan. Ayat demi ayat. Pengguna boleh rasakan seperti paparan ayat ketika musabaqah peringkat kebangsaan sedang berlangsung. Pergerakan ayat dibuat secara automatik dan ini sangat memberi kesan untuk bacaan santai.
Aplikasi ini menggunakan HTML5 yang akan terus stream data ke browser untuk bacaan dan tiada download mp3 diperlukan. Walau bagaimanapun, ia bergantung terus pada mutu sambungan internet pc anda. Kalau bacaan di ofis atau internet yang rendah, bacaan tersekat-sekat mungkin berlaku. Tapi bersabarlah.
Semoga aplikasi ini memberi manfaat kepada kita dan umat Islam seluruhnya. Ketika artikel ini ditulis, kami sedang giat membuat promosi di facebook. Semoga ada manfaatnya. Sokong kami dengan berkongsi artikel ini.
Amir.

Comments