Posts

Showing posts from May, 2009

Merindui Semangat Muhammad Al-Fatih

Image
Oleh Mohd Amiruddin Bin Hamzah (Merindui semangat Muhammad Al-Fatih dan tenteranya yang menakluk kubu kuat kristian di timur dan barat, kota konstantinople pada 29 Mei 1453, iaitu hampir 555 tahun yang lalu.) Jurnal ini sekali lagi menjengah ke arena tokoh. Berputar juga benak penulis memilih tokoh yang ingin ditulis pengkisahan dan kehebatan riwayatnya. Ini kerana terlalu banyak tokoh yang berlegar "slide"nya dalam pemikiran penulis. Akhirnya, penulis tekad untuk menulis mengenai tokoh pahlawan Islam yang sifatnya meniti di bibir Rasulullah s.a.w walaupun kehadirannya adalah dalam beberapa abad selepas kewafatan Rasulullah s.a.w. Tokoh yang dimaksudkan adalah Sultan Muhammad bin Murad II al-Fatih (Mehmet II), sultan Kerajaan Uthmaniyyah, Turki atau beliau lebih agong dikenali sebagai Muhammad Al-Fatih, pembuka kota Constantinople. Riwayat Hidup Beliau dilahirkan pada 27 Rejab 835 H bersamaan 30 Mac 1432 M. Beliau dibesarkan dalam persekitaran kerajaan yang stabil hasil dedik...

Memperkasakan Ekonomi Umat Islam: Realiti dan Cabaran

Image
Oleh Mohd Amiruddin Bin Hamzah Dewasa ini, isu ekonomi merupakan antara isu yang paling hangat dibincangkan oleh sesiapa jua. Dari golongan orang berkulit hitam di afrika hinggalah orang yang berkulit merah di benua amerika. Semuanya tertumpu kepada perbincangan dan harapan agar ekonomi dunia pulih dan kemakmuran kembali kepangkuan mereka. Tidak dinafikan, ada negara-negara tertentu merangkak untuk keluar daripada gelombang kemelesetan dunia ketika ini. Ada berharap kepada masa dan ada yang berharap kepada kebijaksanaan pemimpin. Zaman sekarang bukanlah zaman "ali baba 40 penyamun" cerita P. Ramlee dahulu. Tidak ada lagi gua-gua yang boleh dibuka dengan "mentera" jampi untuk mendapatkan emas. Semuanya dilentur, dipalu dengan besi untuk mendapat nikmatnya. Tiada ada rezeki yang datang bergolek, tapi yang ada adalah buah-buah rezeki yang duduknya agak tinggi dan kita melompat-lompat untuk mencapainya. Islam meletakkan ekonomi sebagai salah satu aspek kehidupan yan...