Berlapang Dada dengan Ragam Kawan-kawan
Rakan merupakan keperluan kepada manusia. Rakan adalah menifestasi soasial tanpa kontrak yang membolehkan interaksi antara manusia. Berbeza dengan perkahwinan atau ikatan persaudaraan, kawan tidak mengikat seseorang dengan seseorang yang lain melainkan kehendak orang itu sendiri. Banyak jenis kawan di sekeliling kita. Tetapi kali ini, tumpuan hanya diberikan kepada rakan yang mempunyai tabiat yang kadang-kadang tidak sehaluan dengan kita. Allah swt melalui Rasulnya, menyatakan bahawa seorang sahabat yang bertemu dan berpisah hanya kerana Allah, akan mendapat naungan Arash Allah di padang mahsyar nanti. Ada hadith yang mengatakan apabila berkelahi dan seseorang itu bergaduh secara melampaui batas, itulah tanda seorang munafik. Memang banyak jenis rakan yang mempunyai tabiat buruk. Jika ditulis di sini, sudah tentu tidak cukup baris untuk diaturkan. Namun yang penting bagaimana kita boleh menghadapi kawan seperti ini? Kawan adalah teman yang gunanya untuk menegur kita apabila kita melaku...