Muliakan Tetamu dan Allah akan Memuliakan Kita
Memuliakan tetamu merupakan adab Islam yang utama. Tetamu datang ke rumah kita untuk pelbagai tujuan. Aad yang datang untuk menziarahi kita, dan pulang selepas beramah mesra dengna kita. Sebagai tuan rumah, kita perlu menyediakan sedikit makanan yang mengikut kemampuan kita, bagi memluiakan mereka dan tanda berterima kasih kepada meraka kerana datang. Begitu juga ada tetamu yang datang untuk menumpang berteduh dirumah kita. Sayugia kita berasa gembira kerana dapat menyediakan sedikit kelengkapan kepada mereka sepanjang mereka berada di rumah kita. Teringat juga dengan pesanan orang-orang tua, tetamu ini membawa rahmat dan rezeki untuk kita sekeluarga. Memuliakan tetamu tidak mengira sesiapa, daripada kalangan pembesar negara atau para ulama, sehinggalah kepada orang paling miskin antara kita. Dengan kehadiran tetamu sedikit sebanyak membantu kita menyediakan rumah tangga kita dalam keadaan bersedia. Tetamu juga dapat mendoakan kesejahteraan kita dan memberikan sedikit cahaya, kerana...