Guru di Sebalik Gunung
Semalam yang hilang... Hari ini datang Kadang-kadang dengan senyuman Kerutan di dahi memudarkan senyum di pipi Kadang-kadang malam hilang Tanpa menyelimut kelopak mata bersama syair indah si sayap jernih tanpa kelambu hanya kepulan asap kelabu Pena tetap beralas tinta Menyongket ilmu Menenun jiwa Dinihari beratapkan embun pagi menguak buih-buih sungai mahu mendidik anak-anaknya yang hanya mengenal buaya ikan sungai yang tidak tahu jantan betinanya diteratak yang hanya bertiangkan buluh tatkala rakan mu menunggang kancil engkau menapak di titi reput kamu membelai amanat bangsa tiada siapa peduli tiada yang tahu dewasa anak sungai air tangan mu bergenang dijiwanya anak sungai itu tahu amanatmu bekas tapak kakimu tersemat dilubuknya arah alurnya dibentuk tanganmu dia tahu yang mana permata dia tahu yang mana kaca tiang serinya semegah tiang titi penambang tidak reput dimakan lumpur hitam hanya kerana engkau yang mengetamnya hanya kerana engkau yang memilih kayunya anak sungai itu tidak te...