Muhammad: Namamu Teragung
Oleh Mohd Amiruddin bin Hamzah Kesempatan yang singkat, terfikir sejenak kepada satu ayat Allah, dalam satu surah pendek yang seringkali juga dibaca. Sebelum saya ungkapkan ayat suci itu, suka untuk terus menyebut nama ini. Muhammad. Syukur juga kerana nama ini wujud dipermulaan nama saya. InsyaAllah, pada akhirat nanti, saya akan cuba berbangga apabila nama saya dipanggil oleh malaikat. Apa tidaknya, nama yang dipanggil adalah nama seorang yang amat besar di padang mahsyar nanti. Muhammad. Kekasih Allah, tuan empunya padang mahsyar, pemegang anak kunci syurga. Firman Allah s.w.t: "Dan Kami telah meninggikan bagimu: sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)?" - Al-Insyirah 4 Ayat ini secara jelas menjulang tinggi Nabi Muhammad sebagai seorang yang bukan sahaja tinggi nilai pekertinya, malah perkataan namanya sendiri dijulang Allah sepanjang zaman. Lihat saja nama nabi dihubungkan dengan Allah dalam syahadah. Tidak lengkap syahadah tanpa mengakui...