Talkin Yang Berpanjangan
Kematian itu dekat. Selalu berlegar di sekeliling kita. Satu-satu datang dijemputnya. Bagi umat nusantara yang bergelut antara agama dan budaya, melihat kematian sebagai satu kesedihan yang tidak harus dilupakan. Kata-kata syahdu mengingatkan kita kepada kematian orang yang tersayang. Seakan kita tidak mahu melupakan orang tersayang yang pergi dulu meninggalkan kita. Ulama silam nusantara amat mahir dalam ilmu dakwah. Buktinya, Bagaimana sebuah masyarakat yang sebahagiannya amat kuat kepercayaan dewa alam sekitarnya dan sebahagian lain yang amat kuat kepercayaan hindu dan buddhanya, akhirnya tunduk melutut kepada Allah tuhan semesta alam, tanpa tumpah darah dan perkelahian. Semuanya kerana keindahan akhlak pendakwah dan kemurnian nilai yang dibawa Islam. Begitu lembut jiwa orang Melayu mudah menerima dakwah , sebab itu, dari takbir raya sehingga talkin pun adalah nada sedih yang mengharukan. Bagi saya, talkin adalah hubungan rohani yang dicetus antara seorang anak dan ibunya yang per...