Zuhud Yang Memberi Ketenangan
Zuhud di zaman moden, amat sukar untuk dipraktikkan. Zaman ini penuh dengan kemodenan harta benda. Barang-barang yang pelik memenuhi dunia. Kadang-kadang ada yang tidak terfikir di kepala. Juara dalam zuhud sudah pasti para nabi-nabi, sahabat dan hawari mereka. Mereka tidak mengimpi dunia kerana pada mata mereka kelihatan hanya yang indah pada akhirat. Bukan sekadar makan, tapi sehingga cara hidupnya yang amat ringkas. Mati mereka meninggalkan sedimit harta untuk hidup anak-anak mereka. Saidina Umar contoh terulung di kalangan bukan nabi yang menjuarai zuhud. Daripada seorang kaya raya, akhirnya hidup dalam keadaan zuhud dengan hamparan jerami menjadi alas tidur dan lengan putihnya sebagai bantal. Khalifah yang tiada pengawal walaupun menguasai dua pertiga dunia. Apalah nasib kita dibangkitkan dalam keadaan moden ini. Ada yang cuba mencontohi pemahan mereka tentang kezuhudan sahabat. Namun bagi mereka yang makan gaji, bekerja swasta atau kerajaan, zuhud bagaimana yang boleh dipra...