Komunikasi Berkesan sebagai kunci Bahagia Suami Isteri
Membangunkan sebuah keluarga yang bahagia adalah satu proses yang amat mencabar. Keluarga bahagia tidak tampak begitu sahaja. Ianya dibangunkan dengan rasa yang penuh terbuka, menerima dan memberi. Tiga ulam kehidupan ini, amat penting untuk menjadikan kebahagian ini berkekalan, bukan hanya pada malam pertama sahaja. Pasangan muda mungkin tergelap mata dengan keseronokan bercinta tanpa mampu melihat kehadapan tentang apa yang akan berlaku selepas berkahwin. Keperluan kewangan, keperluan bersosial pasca perkahwinan dan sebagainya. Cuba kita lihat, berapa banyak pasangan yang bercerai dalam tempoh perkahwinan yang masih muda. Hanya kerana gagal mencari titik persamaan antara dua graf lekuk kehidupan suami dan isteri. Ketika saya pernah bertugas di Mahkamah Syariah suatu ketika dahulu, saya pernah melihat bagaimana seorang wanita yang membalingkan kasut ke arah suaminya yang menurutnya telah berbohong kepadanya. Tidak kurang juga kes-kes keretakan perkahwinan kerana campur tan...