Syria: Saudaramu perlukan sokongan dan pembelaan
Selesai solat taraweh malam ke 15. Sesi tazkirah Surau al-Furqan Presint 11 bersama seorang syiekh dari Syria. Beliau datang memohon bantuan daripada Malaysia, yang mempunyai berkat dan rahmat dari Allah. Allah menguji keimanan orang Islam dengan tidak menurunkan hujan emas di semua negara Islam. Diberinya kesenangan di satu negara dan kesengsaraan disatu negara yang lain. Guna untuk muslim berfikir untuk membantu satu sama lain atas kelebihan yang diberikan. Beliau ungkap satu hadith Nabi s.a.w, umat islam seperti satu jasad, sakit satu bahagian, keseluruhan jasad kita akan sakit. Syiekh bercerita berkenaan kejadian di Syria bagaimana 5 kelompok musuh Islam datang menyerang umat Islam Syria, termasuk Rusia, China, Hizbu Syaitaan dari Labenon, Jaish Mahdi (Syiah) dari Iraq dan Syiah dari Iran. Syeikh mengajak kita membayangkan sekiranya semua itu berlaku kepada kita, apakah kita boleh bertahan tanpa sokongan saudara seagama? Ratusan ribu menjadi pelarian di negara sendiri, ratusan ribu...