Syria: Saudaramu perlukan sokongan dan pembelaan
Selesai solat taraweh malam ke 15. Sesi tazkirah Surau al-Furqan Presint 11 bersama seorang syiekh dari Syria. Beliau datang memohon bantuan daripada Malaysia, yang mempunyai berkat dan rahmat dari Allah. Allah menguji keimanan orang Islam dengan tidak menurunkan hujan emas di semua negara Islam. Diberinya kesenangan di satu negara dan kesengsaraan disatu negara yang lain. Guna untuk muslim berfikir untuk membantu satu sama lain atas kelebihan yang diberikan. Beliau ungkap satu hadith Nabi s.a.w, umat islam seperti satu jasad, sakit satu bahagian, keseluruhan jasad kita akan sakit.
Syiekh bercerita berkenaan kejadian di Syria bagaimana 5 kelompok musuh Islam datang menyerang umat Islam Syria, termasuk Rusia, China, Hizbu Syaitaan dari Labenon, Jaish Mahdi (Syiah) dari Iraq dan Syiah dari Iran. Syeikh mengajak kita membayangkan sekiranya semua itu berlaku kepada kita, apakah kita boleh bertahan tanpa sokongan saudara seagama? Ratusan ribu menjadi pelarian di negara sendiri, ratusan ribu juga rumah dimusnahkan. Sedang kita umat Islam dimomok oleh berita yang tidak tepat oleh media barat.
Beliau meminta kita mencari lebih lanjut tentang sebab kekecohan yang berlaku di Syria dan apakah kita sedar umat Islam sedang diratah oleh musuh luar dan musuh dalam selimut kita? Beliau secara terbuka menyebut, beliau disokong oleh seorang ahli politik islam untuk mendapatkan dana bagi membantu pelarian syria. Ya, buangkan politik dalam membantu saudara seagama.
Semoga catatan ringkas ini mendapat manfaat kepada kita semua. Saya tidak menambah melainkan pemahaman saya pada tazkirah syaikh berkenaan. Semoga kita sedar, nikmat Allah yang diberikan kepada kita, sebanarnya ujian sama ada kita redha atau tidak untuk membantu saudara seagama. Rupanya, kedudukan kita jauh lebih kecil berbanding dengan apa yang dilakukan oleh Sahabat. Sementara, kita masih mendabik dada kita memperjuangkan Islam?

Comments