Iman4u.com : Enjin Pencari teks al-Quran dan al-Hadith


Alhamdulillah, saya telah berjaya menerbitkan versi pertama Iman4u.com yang memberi penumpuan kepada pembangunan enjin pencari perkataan berbahasa Arab di al-Quran dan matan hadith. Saya bangunkan dengan php dan mysql dan ianya dapat membantu anda mencari ayat-ayat atau hadith dalam sekelip mata sahaja.

Buat masa ini, My Al-Quran module boleh membantu anda memaparkan ayat al-quran mengikut surah. anda juga boleh mendengar bacaan al-quran oleh para imam yang utama (lebih 30 orang) yang disupport oleh everyAyat / Versebyverse project.

Enjin pencari al-quran bolehkan anda mencari arabic text atau terjemahan dalam lebih 30 bahasa. Kami bangunkan enjin ini menggunakan php dengan dibantu dengan charset utf-8 untuk ketepatan carian.

Bagi hadith. search engine hadith telah dibangunkan dengan kaedah yang sama iaitu php, mysql dan utf-8. Database bagi hadith menagandungi lebih 62,000 hadith daripada 9 kitab hadith termashur iaitu Sahih Bukhari, Sahih Muslim, Sunan Al-Tirmizi, Sunan Nasaie, Sunan Abu Daud dan Sunan Ibnu Majah. Turut disediakan adalah teks daripada kitab Musnad ahmad, Muwatta' dan Musnad al-Darimi.

Kami juga sedang membangunak applikasi My sunan Sittah yang memberi tumpuan kepada 6 buku utama yang pertama. Sebagai tambahan, kami bangunkan mu'jam sunan sittah yang masih dalam peringkat beta.

Masih banyak peringkat pembangunan perlu dilakukan kepada iman4u.com. Tetapi module utama bagi iman 4u telah siap dan boleh digunakan. Jemput datang dan bookmark laman kami, iman4u.com untuk rujukan lanjut anda. Laman ini dan kandungannya disediakan secara percuma.

Kunjungan kami di http://www.iman4u.com hari ini.

Salam.


Comments

Popular posts from this blog

Hiasi Harimu dengan al-Quran

Merindui Semangat Muhammad Al-Fatih

Muhammad: Namamu Teragung