Posts

Showing posts with the label Sajak

Ini masanya untuk bangkit

Image
[Mesir menempa sejarah dunia, Solut untuk anak muda yang bangkit] Anak muda ini berjalan Biar dalam gelap atau hujan Darah anak muda tetap membuak Kerana cintakan nusa Anak muda ini terus berjalan Walaupun diri mereka di hadang oleh adat dan budaya Tidak ada yang memberi makna Kerana anak muda hanya ada rasa Anak muda tidak ada apa Hanya dalam jiwanya Mahukan bangsanya di bela Ya, dibela oleh mereka Anak muda bukan lagi boleh diperkotak Anak muda tidak lagi boleh diperkatik Anak muda kini telah ada jiwa Anak muda kini soldadu cinta Anak muda kini bangkit Dari dunia rock n roll Anak muda kini bersiul Dengan nada seluruh bangsa Anak muda kini telah berdiri Disamping bangsanya sendiri Nyah anak muda yang penakut Kepulan asap tidak ada makna Yang ada hanyalah diri mereka Biar dipukul, biar dicincang Semangatnya satu Semangatnya hanya rasa Anak muda, Bangunlah, letakkan diri mu Di kemuncak bangsa Letakkan diri mu di kaki mereka Bagi mu tidak ada apa Bagi mu hanya ada rasa Anak muda, Kau kor...

Guru di Sebalik Gunung

Image
Semalam yang hilang... Hari ini datang Kadang-kadang dengan senyuman Kerutan di dahi memudarkan senyum di pipi Kadang-kadang malam hilang Tanpa menyelimut kelopak mata bersama syair indah si sayap jernih tanpa kelambu hanya kepulan asap kelabu Pena tetap beralas tinta Menyongket ilmu Menenun jiwa Dinihari beratapkan embun pagi menguak buih-buih sungai mahu mendidik anak-anaknya yang hanya mengenal buaya ikan sungai yang tidak tahu jantan betinanya diteratak yang hanya bertiangkan buluh tatkala rakan mu menunggang kancil engkau menapak di titi reput kamu membelai amanat bangsa tiada siapa peduli tiada yang tahu dewasa anak sungai air tangan mu bergenang dijiwanya anak sungai itu tahu amanatmu bekas tapak kakimu tersemat dilubuknya arah alurnya dibentuk tanganmu dia tahu yang mana permata dia tahu yang mana kaca tiang serinya semegah tiang titi penambang tidak reput dimakan lumpur hitam hanya kerana engkau yang mengetamnya hanya kerana engkau yang memilih kayunya anak sungai itu tidak te...

Diri ku dengarlah, aku mahu pulang!!!

Pengasih Itu sifat mu Jauh pangkal untuk sifat ku Aku hanya manusia lemah Makan minum ku kau belas Nafas udara kau hembus Tuhanku Besar nikmat mu Isteri yang cantik pada mata ku Anak yang sihat bugar anugerahMu Teratak indah segan ku huni Emas putih dihujung pintu Mataku dan telingaku Sedikitpun tidak buta dan pekak Lidah dan hidungku Tidak kelu dan bengkok Mulut dan dagu ku Manis pada pandangan isteriku Tapi apa ku balas untuk Mu? Di tikar solat ku rasa tuan Dirukukku ku kira uang Disujudku ku mohon pangkat Di tasyahudku ku bilang darjat... Mata ku masih juga terpandang Kadang kadang dua kali pada yg haram Walaupun tersipu malu dgn perasaan Telinga ku dengari juga gelakan syaitan Mulut tetap mengeji Hidung tetap Meninggi Sujud ku kosong DiriMu entah kemana Tujuh anggota hilang rasa hamba Rukuk ku lewat malas Berdiriku hanya sekadarnya Munafik diri ku Bersolat kerana orang Bukan sebab diri Mu Kau beri lagi aku nyawa... Nafas berterusan Untuk apa tuhan? Ku mungkiri mu saban esok malam, ...

Engkau Bahirahku...

Image
(rungkaian jiwa buat isteri tersayang... selamat hari lahir...) Engkau Bahirahku... Sekelumit bicara jiwa Mendengar desir nafasmu diperaduan waktu disamping kesuma kalbu kutahu nafasmu dalam diselimuti kenyenyakan malam biar disuluh cahaya neon matamu sedikit terbuka takut simanja terjaga biarpun dirimu dibuai penat biar pantangmu masih berusia engkau tetap mengalun lagu mengulit lena dalam terjaga itulah diri mu engkau bahirahku... berseri dan berseri bukan wajahmu jadi penanda tapi jiwamu yang menawan sukma bukan kerana lunak suaramu bukan kerana hartamu tetapi hanya kerana cintamu bahirahku, terima kasih atas lagu hidup ini terbuai aku kerna lagu mu tatanganmu membuat aku pilu kerana aku tidak dapat menandingi mu walaupun sebait lagumu indah susunan lagumu engkau susun irama hidup waktu sendu irama mu ceria waktu berjaya irama mu sejahtera andai lupa irama mu mengingatkan Bahirahku, andai diriku dipanggil pulang senyumlah dihatimu kerna dirimu akan ku kalungkan bukan dengan bunga ke...

Sajak Buat Ayah

Sajak buat Ayah... (Disaat aku akan menjadi ayah) Ayahku... Terbayang dimataku wajah mu tabah perjalanan mu mengharungi ranjau waktu sehingga keringat mu penuh memenuhi ceruk urat ku menghilang dahaga jiwa Ayahku... Yatim mu sebelum ada Piatu mu seawal usia Jerihmu menumpang kasih Peritmu mencari sayang Ada sesuap ada dimulut mu Ada waktu perut mu mendendang lagu Engkau berjalan di batas usia Ikut bergerak mengikut rasa Harta mu dinoda orang Mereka lupa diri mu ada Tapi engkau tidak kemaruknya Biarlah mereka bergelut Merebut tanah mu serelung itu Ahh... biarkan tuhan saja membalasnya Itukan harta anak yatim... Ayah, tidak mereka tahu? Mereka akan tahu... benarkah mereka menyayangimu? Benarkah mereka inginkan mu? Engkau duduk dibangku Anak mereka makan dulu Engkau melihat seribu pilu Tidak mampu berkata apa Tidak lain menunggu jua Kini tiba waktu, Biar saja engkau dagang Duduk menumpang di tanah orang Berseorangan jauh ke selatan, Biarlah utara i...

Berapa Kali

BERAPA KALI? Engkau berkata Allah Tuhanmu Tapi berapa kali engkau mengesakannya Engkau kata Muhammad itu cinta mu Berapa kali engkau menyebutnya Engkau berkata lagi Islam itu agamamu Berapa kali kau pertahankannya Engkau hebohkan prinsipmu al-Quran Berapa kali engkau membacanya Engkau berkata sunnah itu sendi hidup mu Berapa hadith kau ingatinya Engkau berkata kasihkan Nabi, Berapa kali selawat meniti lidahmu... Engkau kata kasihkan Allah Berapa rakaat sunat nawafil kau sendu tapi kau tetap kata sayangkan batang tubuhmu Takut dibakar dengan percikan neraka itu Tapi berapa fardu engkau taat Engkau sayang para sahabat Berapa banyak kisah mereka engkau tahu Engkau kata engkau pejuang Berapa malam kau jauh dari baringmu Engkau kata kita bersaudara... Berapa riyal engkau hulur membantu Engkau kata... aku telah bertaubat... Berapa kali kau perbuat semula Engkau kata mati itu datang Tapi berapa kali kau bersedia... Ya Allah, Jadikan dia seperti Abu Bakar Diuji tuhan kekayaan dunia, Disedekahk...