Ini masanya untuk bangkit



[Mesir menempa sejarah dunia, Solut untuk anak muda yang bangkit]

Anak muda ini berjalan
Biar dalam gelap atau hujan
Darah anak muda tetap membuak
Kerana cintakan nusa

Anak muda ini terus berjalan
Walaupun diri mereka di hadang
oleh adat dan budaya
Tidak ada yang memberi makna
Kerana anak muda hanya ada rasa

Anak muda tidak ada apa
Hanya dalam jiwanya
Mahukan bangsanya di bela
Ya, dibela oleh mereka

Anak muda bukan lagi boleh diperkotak
Anak muda tidak lagi boleh diperkatik
Anak muda kini telah ada jiwa
Anak muda kini soldadu cinta

Anak muda kini bangkit
Dari dunia rock n roll
Anak muda kini bersiul
Dengan nada seluruh bangsa
Anak muda kini telah berdiri
Disamping bangsanya sendiri

Nyah anak muda yang penakut
Kepulan asap tidak ada makna
Yang ada hanyalah diri mereka
Biar dipukul, biar dicincang
Semangatnya satu
Semangatnya hanya rasa

Anak muda,
Bangunlah, letakkan diri mu
Di kemuncak bangsa
Letakkan diri mu di kaki mereka
Bagi mu tidak ada apa
Bagi mu hanya ada rasa

Anak muda,
Kau korbankan masa muda mu
Kini masanya engkau bangkit
Masanya engkau memukul gema bangsa
Masanya engkau memukul jiwa terlena
Masanya engkau mengajar mereka
Masanya engkau menutup mulut mereka
Tiada kata dua,
Hanya kata engkau anak muda

Ya, dulu kamu terlena,
Kamu terlena dengan dunia barat
Kamu terlena dengan musiknya
Kamu terlena dengan geleknya
Kamu terlena lama...
300 tahun kamu terlena
Kerana lenamu membawa bencana
Lenamu telah buatkan pemodal bersuka ria
Lenamu membuatkan mereka bahagia
Anak-anak mereka memijak bangsamu
Anak-anak mereka meratah tanahmu

Gema alam anak muda
kini dirasai hingga ke rongga mu
Engkau genggam urat tangan mu
Engkau hentaklah pada jalan-jalan itu
Biar mereka sedar diri mu ada
Biar mereka sedar kehendakmu

Anak muda berkorban kerana bangsanya
Anak muda berkorban kerana jiwanya
Anak muda bukan lagi melawan
Anak muda kini menyerang

Ini lah sayir anak muda
Inilah siulan anak muda
Inilah kebangkitan anak muda
Dunia ini bukan milik mereka
Dunia ini milik anak muda
Yang masih lagi ada hayatnya
Yang masih panjang perjalanannya

Anak muda,
Bangun....
Di kala anak pemodal memerah peluh mu
Di kala anak pemodal bangun senja
Engkau bangkit seawal diniharinya
Engkau berjalan menghentak kaki
Gegarnya hingga ke dada
Kerana engkau anak muda

Bangunlah bangsa...
Inilah janjinya...
tanah ini milik semua...
tanah ini milik semua bangsa
Tanah ini milik anak-anak kita...

Bangunlah anak muda!

Comments

Popular posts from this blog

Hiasi Harimu dengan al-Quran

Merindui Semangat Muhammad Al-Fatih

Muhammad: Namamu Teragung