Posts

Showing posts from March, 2015

Kalau kamu kaya

Kalau kamu kaya Beruntunglah Kerana kamu salah seorang Yang diberi nikmat Di dunia Kalau kamu kaya Bersyukurlah, Kerana kamu disayangi tuhan Dijauhkan dari kepapaan Di dunia Kalau kamu kaya Senyumlah Kerana tidak ada hari Hidupmu tanpa harta Di dunia Kalau kamu kaya Beringatlah Masih ada yang kelaparan Tatkala kamu kekenyangan Di dunia Kalau kamu kaya Berkongsilah Walau pun sedikit dari kekayaanmu Kerana dengan itu ada yang bergembira Di dunia Kalau kamu kaya Kenanglah Waktu-waktu susahmu Kerana kesusahan itu akan menjagamu Di dunia Kalau kamu kaya, Usahlah dilupa Pada janji ketika mu miskin Untuk menderma sekian banyaknya Di dunia Kalau kamu kaya Berwaspadalah di dunia Kerana kamu mempunyai Tanggungjawab yang lebih Untuk diperiksa di akhirat Kalau kamu kaya, Beruntunglah.