Kalau kamu kaya

Kalau kamu kaya
Beruntunglah
Kerana kamu salah seorang
Yang diberi nikmat
Di dunia

Kalau kamu kaya
Bersyukurlah,
Kerana kamu disayangi tuhan
Dijauhkan dari kepapaan
Di dunia

Kalau kamu kaya
Senyumlah
Kerana tidak ada hari
Hidupmu tanpa harta
Di dunia

Kalau kamu kaya
Beringatlah
Masih ada yang kelaparan
Tatkala kamu kekenyangan
Di dunia

Kalau kamu kaya
Berkongsilah
Walau pun sedikit dari kekayaanmu
Kerana dengan itu ada yang bergembira
Di dunia

Kalau kamu kaya
Kenanglah
Waktu-waktu susahmu
Kerana kesusahan itu akan menjagamu
Di dunia

Kalau kamu kaya,
Usahlah dilupa
Pada janji ketika mu miskin
Untuk menderma sekian banyaknya
Di dunia

Kalau kamu kaya
Berwaspadalah di dunia
Kerana kamu mempunyai
Tanggungjawab yang lebih
Untuk diperiksa di akhirat

Kalau kamu kaya,
Beruntunglah.

Comments

Popular posts from this blog

Hiasi Harimu dengan al-Quran

Merindui Semangat Muhammad Al-Fatih

Muhammad: Namamu Teragung