Posts

Showing posts from April, 2009

23 Minit di Dalam Neraka

Oleh Mohd Amiruddin Hamzah Kesempatan bertugas luar kawasan di Boston, Massachusetts, membolehkan penulis singgah di New Jersey. Ketika di kawasan "Service Area" NJ Turnpike (lebuh raya sepanjang 150 batu sebelum memasuki Delaware), penulis berkesempatan membeli sebuah buku "23 Minutes in Hell" tulisan Bill Wiese, seorang broker hartanah yang kemudiannya menjadi seorang yang kuat beragama kristian selepas pengalamannya memasuki neraka hanya dalam tempoh 23 minit. Dalam kisah beliau, pengalaman di dalam neraka sama seperti apa yang digambarkan dalam kitab-kitab bible seperti seksaan oleh gergasi, lompak-lompak api yang memercik dan bagaimana beliau mengharungi masa itu yang beliau rasakan seakan-akan berminggu-minggu beliau di sana. Dengan keadaan sekeliling yang gelap, busuk dan menyeksakan, beliau akhirnya diselamatkan oleh Jesus. Dalam konversasinya dengan Jesus, beliau diberitahu bahawa beliau dipilih oleh Jesus untuk mengetahui tentang kebenaran neraka ini. Ini...

Maryam, Ikon Wirawati Islam Sepanjang Zaman

Image
Oleh Mohd Amiruddin Hamzah Nama Maryam bukanlah satu nama yang " favorite " yang selalu dipilih oleh para ibu bapa dalam menamakan anak-anak perempuan mereka. Selain kelihatan agak ketinggalan dan nama tersebut mungkin menurut mereka tidak moden bunyinya jika dibandingkan dengan nama-nama moden yang cantik disebutnya, tetapi tidak cukup helaian kamus apabila hendak diketahui maksudnya. Namun begitu, dalam Islam, nama ini adalah satu nama yang besar dan diterima oleh tiga ugama utama iaitu Islam, Kristian dan Yahudi. Maryam adalah satu nama yang besar dalam Al-Quran. Nama yang merujuk kepada seorang wanita suci yang menjadi pilihan tuhan ke atas semua wanita yang diciptakan tuhan. Maryam adalah satu-satunya nama wanita yang disebut secara soreh dalam al-Quran, dan apabila dibariskan, maka ternyatalah beliau mempunyai kedudukan sebaris dengan Nabi-nabi yang dirakam nama mereka yang asal dalam al-Quran. Maryam adalah seorang yang menjadi penanda aras keimanan yang tinggi kep...

Jihad: Tanggapan Songsang oleh Golongan Anti-Islam

Image
Oleh Mohd Amiruddin Hamzah Penulis dalam beberapa hari yang lepas terbaca mengenai seorang juruterbang Muslim yang dijatuhkan hukuman penjara di Itali kerana apabila pesawat yang dikendalikan olehnya hilang kawalan, juruterbang berkenaan terus mendirikan solat. Akibat daripada tindakan beliau, 16 orang meninggal dunia akibat nahas terbabit dan selebihnya berjaya menyelamatkan diri selepas kapal terbang terbabit menjunam ke dalam laut. Juruterbang berkenaan disabitkan kerana kecuaiannya tidak melaksanakan tindakan-tindakan kecemasan yang perlu bagi pesawat yang berkenaan seperti mana yang tercatat dalam manual juruterbang. Penulis tidak berhasrat untuk mengulas tindakan beliau kerana tindakan beliau boleh dilihat dalam dua skop iaitu konsep tawakal dan penyerahan diri kepada Allah dalam menimpa musibah. Namun begitu, penulis tertarik terhadap satu komen yang ditulis oleh seorang pengunjung blog tersebut yang menyatakan "mungkin juruterbang itu adalah teroris (pengganas) yang sengaj...