23 Minit di Dalam Neraka

Oleh Mohd Amiruddin Hamzah

Kesempatan bertugas luar kawasan di Boston, Massachusetts, membolehkan penulis singgah di New Jersey. Ketika di kawasan "Service Area" NJ Turnpike (lebuh raya sepanjang 150 batu sebelum memasuki Delaware), penulis berkesempatan membeli sebuah buku "23 Minutes in Hell" tulisan Bill Wiese, seorang broker hartanah yang kemudiannya menjadi seorang yang kuat beragama kristian selepas pengalamannya memasuki neraka hanya dalam tempoh 23 minit. Dalam kisah beliau, pengalaman di dalam neraka sama seperti apa yang digambarkan dalam kitab-kitab bible seperti seksaan oleh gergasi, lompak-lompak api yang memercik dan bagaimana beliau mengharungi masa itu yang beliau rasakan seakan-akan berminggu-minggu beliau di sana. Dengan keadaan sekeliling yang gelap, busuk dan menyeksakan, beliau akhirnya diselamatkan oleh Jesus. Dalam konversasinya dengan Jesus, beliau diberitahu bahawa beliau dipilih oleh Jesus untuk mengetahui tentang kebenaran neraka ini. Ini kerana menurut Jesus, ramai manusia tidak mempercayainya walaupun perihal neraka itu telahpun diterangkan di dalam kitab-kitab bible.

Hakikat Mengenai Buku ini
Penulis terasa sangat terselamat kerana ketika membaca buku ini, penulis sebelumnya telah hampir 15 tahun mengenal agama Islam. Bagi penulis, Al-Quranlah kitab yang paling utama dalam paling kompetan bercakap mengenai neraka. Penulis termenung, kerana kaedah penulisan buku ini memang benar-benar berasaskan pengalaman penulisnya dan jika dibaca tanpa pegangan kepada Islam, memang mudah untuk terpesong. Ini adalah kerana, kaedah garapan peristiwa adalah hampir sama dengan apa yang diperkatakan Islam seperti konsep "tidak mati-mati lagi" atau "bertelanjang", "tidak ada cecair yang keluar daripada badan ahli neraka", "pembakaran dalam neraka secara berseorangan, walaupun melihat orang lain dibakar bersekali", "sangat lapar dan dahaga", "berasap dan sangat gelap" dan lain-lain lagi. Begitu juga dengan konsep "neraka dijaga oleh penjaga yang amat keras layanannya", diketengahkan hampir sama dengan pengetahuan tentang neraka yang ada dalam Islam. Begitu juga dengan cerita apabila beliau melihat sekumpulan "demon" yang dirantai didinding neraka yang pada catatannya beliau merasakan itulah "fallen angels" iaitu golongan angels ang dihalau ke bumi kerana mengingkari tuhannya.

Cuma dihujungnya dimasukkan bagaimana Jesus yang rupanya memilih penulis buku itu dan memberi pengalaman merasai keperitan neraka, guna untuk memberitahu manusia lain supaya menyembah jesus, mempercayainya dan beriman dengannya. Beliau memberitahu bahawa pengalamannya bukanlah melalui mimpi dan dalam keadaan sedar. Beliau juga menceritakan bagaimana beliau pulang bersama Jesus ke atmosfera bumi sebelum beliau pulang ke pangkuan isterinya.

Bagi penulis, buku ini sebenarnya adalah sekadar untuk menarik golongan-golongan tertentu kepada Kristian dan terbukti apabila penulis buku ini telah dipanggil ke banyak siaran dan rancangan-rancangan televisyen agama (faith channel). Kaedah garapan buku ini juga lebih kepada keimanan kepada neraka menurut kristian dan cerita 23 minit itu hanya dicakup dalam 3 bab sahaja. Selebihnya adalah penghuraian penulis buku terbabit tentang persoalan-persoalan mengenai neraka dan dijawab menurut fahamannya mengenai neraka menurut bible. Secara tidak langsung, penceritaan pengamalan ngeri penulis buku itu membuatkan pembacanya sedar dan mahu pulang kepada agama penulisnya itu.

Neraka Menurut Islam
Neraka menurut Islam adalah terkandung dalam rukun yang patut diimani oleh seorang yang mengankui Islam, iaitu percaya kepada hari akhirat. Hari akhirat, manusia akan diperiksa amalannya walaupun sekecil-kecilnya. Bagi mereka yang berbuat baik dan pokoknya Muslim dan mendirikan solat, meraka akan mendiami syurga, sebaliknya, mereka akan mendiami neraka. Pengetahuan mengenai neraka dalam Islam adalah bersumberkan Al-Quran dan Hadith. Rasulullah s.a.w antara individu yang dibawa mengjenguk neraka ketika mikraj Baginda ke langit. Kedahsyatan neraka bukanlah boleh digambarkan dengan kata-kata. Tetapi boleh dirasai dengan iman yang ada pada diri seseorang, melalui pengkhabaran Al-Quran dan Hadith.

Neraka adalah satu perkataan sanskrit (bahasa Hindu dan Buddha purba yang berasal dari Asia Selatan) membawa kepada pengertian "al-Nar" seperti yang disebut dalam Al-Quran. Sementara Al-Nar dari segi literalnya, bermaksud "api" dengan menisbahkan kepada konsep seseorang itu akan dibakar selepas melalui hisab di hadapan Allah s.w.t sekiranya amalan buruknya dicatat lebih berat daripada amalan baiknya. Persoalan bagaimana bezanya antara api yang ada di atas dunia sama atau tidak dengan api yang ada diakhirat, hanya Allah sahaja yang mengetahuinya. Tetapi terdapat kisah-kisah mengenai bagaimana api ini diturunkan daripada neraka ke bumi yang mana api tersebut hanya satu juzuk daripada kadar sebenar api berkenaan (sesetengah berkata 1/100 daripada api neraka, Wallahua'lam.) Pokoknya, kita mengetahui bahawa api yang akan digunakan dalam neraka adalah api yang lebih kuat dan dahsyat daripada api dunia.

Bukan Hanya Siksaan Api
Kalau kita berkesempatan membaca surah Al-Waqiah, Surah Al-Qari'ah, Al-Humazah, Al-Qiyamah, dan sebagainya, kita akan mendapati penerangan yang jelas mengenai neraka. Kisah-kisah mengenai neraka ini diturunkan lebih awal dan berasaskan akidah, kerana resmi al-Quran itu diturunkan awalnya untuk mengukuhkan akidah umat Islam dan disifatkan sebagai makiyyah. Dalam ayat-ayat ini digambarkan keadaan neraka sebagai satu tempat gersang tanpa air, tanpa pepohon hijau, yang ada hanyalah manusia-manusia yang bergelimpangan, batu-batu, pokok zarqum, malaikat-malaikat yang keras layanannya, jin-jin kafir dan syaitan-syaitan, kepulan asap dan sebagainya. Diharamkan neraka daripada sebarang nikmat sebagaimana diharamkan syurga daripada segala kesengsaraan.

Barzakh sebagai pra-neraka
Alam barzakh adalah alam peralihan bagi ruh dan jasad sebelum dibangkitkan di alam akhirat. Sebagaimana kita bermula dengan alam lahut dan alam janin adalah peralihan antara alam lahut dan alam dunia, begitulah alam barzakh sebagai peralihan dengan alam akhirat. Jadi, usahlah disangsikan alam barzakh itu, sama ada persoalan roh atau jasad yang dihukum, kenanglah alam janin dimana ruh dan jasad bersatu. Begitu juga alam barzakh ini boleh jadi satu taman bagi taman-taman syurga atau satu lubang daripada lubang-lubang neraka.

Manusia di bawa kekuburan selepas dipersiapkan dengan kafan dan disolatkan. Ketika tiba di liang, maka dikhabarkan menangislah mayat sekiranya dia tahu dirinya kosong tidak berbekal untuk mendiami kubur. Begitu juga gembiralah mayat sekiranya dibahunya sarat dengan amal soleh dan kebajikan. Sebaik ditinggalkan, datanglah dua malaikat yang amat keras bentuknya, mungkar dan nakir. Dua "pegawai" kubur ini akan menjalankan soal siasat. Satu prosedur yang telah diketahui umum yang mana tidak akan terlepas seorang pun anak adam melaluinya. Ditanyanya, Siapa tuhan mu? Siapa lelaki ini yang diutus kepada mu?. Berkecailah jasad dan roh apabila gagal menjawab soalan ini. Bagi yang menjawab dengan baik, dibalas oleh malaikat tadi "Aku tahu kamu boleh menjawabnya". Dipekikkan sekali kepada mayat yang baik itu sebelum ditinggalkan oleh mungkar nakir diketidurannya. Itulah yang dikatakan fitnah kubur yang akan ditempuh oleh setiap orang baik atau tidak. Bagi yang tidak baik, jasadnya berterusan dipukul dan disiksa sehingga bangkit ke hari kiamat.

Hakikat Kejadian
Tidaklah siapapun yang mempu menceritakan detik-detik sukar alam barzakh dan neraka kecuali orang yang telah melaluinya. Tidak ada manusia yang pulang ke dunia selepas alam barzakhnya. Semua ini disimpan dalam pengetahuan Allah sebagai satu bentuk ujian kepada hambanya, guna untuk menguji keimanan mereka kepada Allah s.w.t. Allah lebih daripada boleh untuk menunjukkan dirinya kepada manusia, tetapi tidak Allah membuat sedemikian kerana bagi Allah s.w.t, dalam pengabdian manusia, jin dan malaikat yang paling penting adalah kualiti iman dan bukan selainnya. Sekiranya seseorang itu beriman hanya selepas dia melihat tuhan, tidak ada makna dan kualiti keimanannya. Yang ada masih tetap retorik. Yang menjadi kebanggaan Allah apabila seseorang itu beriman atas dasar sesuatu yang difikirkannya berlandaskan tanda-tanda kekuasaan Allah. Perenggan inilah yang saya gunakan untuk menjawab buku tulisan Bill Weise, "23 Minutes in Hell". Tidak perlu untuk tuhan menjemputnya merasai neraka demi untuk menusia mempercayainya, kerana bagi tuhan yang perlu adalah kualiti keimanan, kepercayaan kepada seorang yang bergelar Rasul yang mengkhabarkan tentang neraka. Dan kita sebagai hamba, mengimani dalam ertikata mempercayainya. Dan manusia hanya akan mencapai kepada "haqqul yakiin" (sebenar-benar percaya) hanya selepas melaluinya. Waiya Zubillah. /ah

Comments

ustazshafiee said…
assalamualaikum...
penulis tu cuma rasa pengalaman 23 minit dalam neraka palsu yang dicipta syaitan.. tu pun dah terasa takut sangat.. macamana agaknya kalau berada 1 minit dalam nereka betul ciptaan Allah. Yang apinya hitam membara, sambil berkata-kata.
sebagaimana nikmat syurga tidak terkata, begitu jugalah azab neraka tidak tercerita..

Ya Allah api neraka Mu panas, lindungilah kami adik beradik dengan kasih-sayangMu..
Amir Hamzah said…
@Kekanda: Teringat kisah bagaimana neraka jahanam marah apabila dia mengetahui manusia yang akan dimasukkan kedalamnya adalah manusia munafik. Maka hitamlah lagi apinya. Begitu juga apabila neraka itu merintih kerana tidak dapat menahan lagi panasnya api yang dibakar padanya.

Ingat pesan ustaz ismail jalil, janganlah ditakuti kita tidak mendapat tempat di neraka (takut tidak muat), kerana tempat untuk kita tetap cukup dalam nereka, tetapi khuatirkanlah samaada tempat kita ada atau tidak dalam syurga.

Tentang azab kubur, kita tahu tapi kita tidak takut. Ini kerana iman kita masih biasa terhadap siksanya. Bagi mereka yang dah yakin dengan ainul yakin, pastinya akan merasakan peritnya. Sementelahlah lagi orang yang merasainya itulah haqqul yakin....
ajako said…
banyak betol dugaan kat negara owang ek, sampaikan bahan bacaan pon kene bertapis2. teringat gak kat nasa jr uia-kusza yg tgh wat phD kat aussie, org sana direct confront jer ajak masuk kristen. cuak jer ngan bebudak kite yg dihantar ke sana kalau iman di dada belom manthop...
ustazshafiee said…
beruntungkan kita kat malaysia. pasal tu la tak nak gi sambung belajo luar negera.. ehehe
Amir Hamzah said…
@abgajak: Itulah, tu direct tu. Banyak lagi indirect. Cuba tanya pelajar-pelajar kita yang didekati oleh golongan ini. Mereka banyak funding sehingga boleh support makan minum. Ada church yang berikan perabut dan ada yang tolong jaga anak-anak. Bagi mereka yang susah, inilah cabarannya. Tapi ada orang kita yang menolak semuanya, hanya kerana mempertahankan akidah. Walaupun hidup susah.

@Kekanda: Hehe, janganla macam tu... kat malaysia pun apa kurangnya... cuma tak nampak dimata...
Nizam Awang said…
salam.
amir,
mcm kenal..;-D
junior saya di al falah dulu ya.
masih ingat lg saya?

muhammad nizam awang
london,uk
Amir Hamzah said…
@D'rimba... salam...

@nizam: Ingat lagi. Buat doctorate dah kat london? tahniah. teruskan usaha. hopefully, balik la on time. hehe. Sebab saya kat sini duk kejar budak2 tajaan suh balik on time. Thanks for logging to my blog...

Popular posts from this blog

Hiasi Harimu dengan al-Quran

Merindui Semangat Muhammad Al-Fatih

Muhammad: Namamu Teragung