Diri ku dengarlah, aku mahu pulang!!!
Pengasih Itu sifat mu
Jauh pangkal untuk sifat ku
Aku hanya manusia lemah
Makan minum ku kau belas
Nafas udara kau hembus
Tuhanku
Besar nikmat mu
Isteri yang cantik pada mata ku
Anak yang sihat bugar anugerahMu
Teratak indah segan ku huni
Emas putih dihujung pintu
Mataku dan telingaku
Sedikitpun tidak buta dan pekak
Lidah dan hidungku
Tidak kelu dan bengkok
Mulut dan dagu ku
Manis pada pandangan isteriku
Tapi apa ku balas untuk Mu?
Di tikar solat ku rasa tuan
Dirukukku ku kira uang
Disujudku ku mohon pangkat
Di tasyahudku ku bilang darjat...
Mata ku masih juga terpandang
Kadang kadang dua kali pada yg haram
Walaupun tersipu malu dgn perasaan
Telinga ku dengari juga gelakan syaitan
Mulut tetap mengeji
Hidung tetap Meninggi
Sujud ku kosong
DiriMu entah kemana
Tujuh anggota hilang rasa hamba
Rukuk ku lewat malas
Berdiriku hanya sekadarnya
Munafik diri ku
Bersolat kerana orang
Bukan sebab diri Mu
Kau beri lagi aku nyawa...
Nafas berterusan
Untuk apa tuhan?
Ku mungkiri mu
saban esok malam,
dan seterusnya...
Ku lupa ajaran mengenai api neraka mu
Ku lupa ajaran tentang siksa kubur mu
Ku lupa peringatan kekasih mu
Aku sebenar sebenar perosak diri ku
Perosak ruh ku dan jasad ku
Aku mohon ampun ya tuhan...
Masihkah ada keampunan utk ku
Dosa-dosa lalu...
Besar kecil di kantung jiwa
Masih kah ada belas untuk ku?
Terlewatkah aku?
Lindungi aku
Jangan nanti khabar ini
Singgah di tengkorok ku
Dengan pandangan tajam utusan mu
Merentap keluar ruh ku
Rugilah aku....
Aku mahu pulang
Masih kah ada tempat untuk ku
Di sisi mu?
Tuhan...
Jauh pangkal untuk sifat ku
Aku hanya manusia lemah
Makan minum ku kau belas
Nafas udara kau hembus
Tuhanku
Besar nikmat mu
Isteri yang cantik pada mata ku
Anak yang sihat bugar anugerahMu
Teratak indah segan ku huni
Emas putih dihujung pintu
Mataku dan telingaku
Sedikitpun tidak buta dan pekak
Lidah dan hidungku
Tidak kelu dan bengkok
Mulut dan dagu ku
Manis pada pandangan isteriku
Tapi apa ku balas untuk Mu?
Di tikar solat ku rasa tuan
Dirukukku ku kira uang
Disujudku ku mohon pangkat
Di tasyahudku ku bilang darjat...
Mata ku masih juga terpandang
Kadang kadang dua kali pada yg haram
Walaupun tersipu malu dgn perasaan
Telinga ku dengari juga gelakan syaitan
Mulut tetap mengeji
Hidung tetap Meninggi
Sujud ku kosong
DiriMu entah kemana
Tujuh anggota hilang rasa hamba
Rukuk ku lewat malas
Berdiriku hanya sekadarnya
Munafik diri ku
Bersolat kerana orang
Bukan sebab diri Mu
Kau beri lagi aku nyawa...
Nafas berterusan
Untuk apa tuhan?
Ku mungkiri mu
saban esok malam,
dan seterusnya...
Ku lupa ajaran mengenai api neraka mu
Ku lupa ajaran tentang siksa kubur mu
Ku lupa peringatan kekasih mu
Aku sebenar sebenar perosak diri ku
Perosak ruh ku dan jasad ku
Aku mohon ampun ya tuhan...
Masihkah ada keampunan utk ku
Dosa-dosa lalu...
Besar kecil di kantung jiwa
Masih kah ada belas untuk ku?
Terlewatkah aku?
Lindungi aku
Jangan nanti khabar ini
Singgah di tengkorok ku
Dengan pandangan tajam utusan mu
Merentap keluar ruh ku
Rugilah aku....
Aku mahu pulang
Masih kah ada tempat untuk ku
Di sisi mu?
Tuhan...
Comments