Hanya mukjizat yang kekal: Anai-anai dan al-Quran
Al-Quran adalah kalam teragung, mesej jelas yang melangkaui pemikiran manusia. Perkara-perkara yang diungkapnya, tidak mampu dicetuskan oleh akal manusia yang sebesar tempurung itu. Manusia boleh mencipta sebuah kapal terbang airbus, pyramid, dan berbagai-bagai ciptaan tetapi manusia tidak boleh mencipta ayat-ayat al-Quran yang menunjukkan kepada perkara yang datang dari sisi tuhan. Sebagai contoh, 1400 tahun yang lalu, al-Quran telah menceritakan bagaimana matahari tersebut berputuar pada paksinya, dan pada masa yang sama mempunyai orbit yang tersendiri. Siapa yang mengetahuinya, kalau bukan penciptanya.
Kejadian yang berlaku di Hyderabad, yang mana teks ayat al-Quran bertulisan Arab tidak dijamah oleh anai-anai yang melahap kertas al-Quran tersebut. Semua teks translasinya dalam Bahasa Urdu dikikisnya. Menjadikan nyata tinggalan sebaris-sebaris ayat al-Quran ditinggalkan. Semua ini adalah kuasa dan keagungan al-Quran yang ditinggikan Allah. Dialah yang menurunkan Al-Quran dan Dialah yang akan memeliharanya.
Pernah diceritakan dalam satu kisah berlaku kebakaran pada sebuah rumah, keseluruhan rumah tersebut hangus terbakar. Segala harta benda semuanya hangus dijilat api. Yang tinggal hanya sebuah al-Quran yang tidak disentuh langsung tulisannya oleh api. Al-Quran tersebut sering dibaca oleh penghuni rumah tersebut. mungkin keadaan ini menyebabkan al-Quran itu terpelihara. Pastinya, atas ketinggiannya, al-Quran ini dipertunjukkan kehebatannya oleh Allah swt.
Hari ini kita lihat berapa ramai orang yang menghiaskan rumah dengan kaligrafi al-Quran, dihiaskan al-Quran di dalam almari tanpa dibaca sedikitpun. Al-Quran tidak perlu diangkat menjadi perhiasan, kerana al-Quran itu tempatnya lebih mulia dari itu, iaitu kelongsong hati kita. Itulah semulia-mulia tempat bagi al-Quran.
InsyaAllah, hati yang dibungkus oleh alunan ayat-ayat al-Quran akan sama seperti cerita-cerita ini, tidak terbakar oleh api barzakh dan tidak dikikis oleh cacing dan anai-anai tanah apabila kita mati kelak.
(Baca lanjut mengenai anai-anai dan al-Quran disini)
Amir

Comments