Sayangi Haiwan. Mereka Ciptaan Tuhan
- Terkejut mendengar berita hari ini sebuah Majis Perbandaran menganjurkan hari menangkap anjing liar, dengan upah RM10.00 setiap seekor anjing dapat ditangkap dan diserahkan kepada Majlis. Berita lanjut boleh dibaca di sini. http://www.thestar.com.my/News/Nation/2015/06/03/Two-save-hundred-dogs/
- Islam meletakkan tempat yang tersendiri bagi anjing. Bagi haiwan yang lain pula, Al-Quran memberi tempat kepada haiwan untuk disebut dalam al-Quran. Mungkin kita teringat tentang kisah semut, unta, lembu dan sebagainya yang disebut oleh Al-Quran dengan kisahnya yang tersendiri.
- Hasrat Majlis Perbandaran ini adalah untuk mengurangkan anjing liar yang berada di kawasan mereka yang menganggu keselamatan awam. Walau bagaimanapun, menurut MP kawasan terbabit, tindakan itu mungkin mengundang kekejaman kepada anjing kerana orang ramai mungkin cuba menangkap mereka.
- Dalam menguruskan perkara ini saya berasakan pegawai yang meleluskan kempen berkenaan mungkin tidak menimbang sensitiviti masyarakat bukan Islam terhadap anjing. Pun begitu, Islam tetap meletakkan tinggi kedudukan binatang selagi mana binatang itu tidak memudaratkan.
- Dalam kes begini, perlu diperoleh punca permasahalan atas lambakan anjing liar terbabit. Untuk membantu permasalahan ini, pihak berkuasa tempatan perlu menyediakan satu kaedah pengurusan berbentuk task force untuk menangani isu anjing liar ini. Ini termasuk mewujudkan tempat perlindungan haiwan ini dan memanjangkan haiwan terbabit untuk kegunaan lain.
- Pihak Perbandaran juga boleh melihat best practices yang diamalkan negara-negara lain untuk melihat kaedah terbaik dalam menyelesaikan anjing liar ini. Tindakan orang ramai menangkap sendiri anjing liar ini boleh mengundang bahaya dan merupakan tindakan kejam kepada binatang.
- Mewujudkan kempen seumpama ini tidaklah wajar dan tindakan menghentikannya adalah tindakan yang bagus. Cuma, isu anjing liar ini perlu diselaraskan antara Jabatan yang berkaitan untuk memastikan haiwan tersebut mendapat perlindungan sewajarnya.
Comments