Al-Quran : Peninggalan Rasulullah s.a.w yang Paling Berharga. Hargailah.

Bagi yang membaca al-Quran perlahan-lahan, ditegur kesalahan, jangan gusar, tapi teruskanlah membaca. Al-Quran adalah kalam Allah dan hanya Allah yang memberikan ganjaran kepada pembacanya. Biarlah Allah menilai atas usaha anda dan kasih sayang anda pada kalamNya.

Kita tidak risaukan kepada mereka yang merangkak baca ayat-ayat suci ini, yang kita risaukan adalah mereka yang tidak mahu atau enggan mencuba membacanya.

Yang lebih dirisaukan adalah mereka yang pandai tapi tidak mahu memimpin rakan-rakan lain untuk membaca. Sedangkan Nabi saw berkata, sebaik baik kita adalah mereka yang belajar al-Quran dan mengajarnya kepada rakan-rakan kita.

Al-Quran ini adalah rakan, penenang, pelindung dan yang paling penting pensyafaat untuk kita selamat dari huru hara hari kiamat. Semoga dengannya kita bertemu dengan Allah dalam keadaan bahagia.

Tiada ingatan atau hafalan dan pembacaan al-Quran bererti seperti rumah kosong tanpa perabutnya. Ada orang yang hanya mampu membeli perabut yang murah, usang dan sekadar ada. Tetapi ada yang mampu membeli perabut empuk, kulit dan mahal untuk hiasan dalaman. Itulah laksana al-Quran, perhiasan dalaman yang sangat indah.

Lebih indah, al-Quran ini adalah hadiah terbaik untuk para ibubapa. Anak yang membacanya, para ibubapa akan dikalungkan perhiasan menawan di akhirat nanti. Sedang dalam Kuburpun akan diberikan kelebihan dari bacaan si anak. Pembebasan dari seksanya dan penenang dari fitnah sang kubur.

Allah, jadikan al-Quran pendinding kami. Jadikan ia akhlak kami. Jadikan dia rohani kami. Jadikan dia teman dikala kami gusar. Jadikan ia penenang ketika kami risau. Allah, peliharalah kami dari meninggalkan al-Quran. Biarlah meniti rasa manis di mulut kami ketika membacanya. Berikanlah tampak kehebatan kami dengan membacanya dan senjata kami ketika berdoa kepadaMu dengan menyebut ayat-ayatnya.

Amin ya rabbal alamin.

#matmeer #ramadhankareem #lovealquran

Comments

Popular posts from this blog

Hiasi Harimu dengan al-Quran

Merindui Semangat Muhammad Al-Fatih

Muhammad: Namamu Teragung