Gandakan Sedekah di bulan Ramadhan
Bulan ramadhan adalah avenue terbaik untuk mengubah tabiat kita dalam melakukan sesuatu untuk menukarkan ianya menjadi satu ibadah. Bulan Ramadhan memberi ruang untuk setiap hamba berubah dengan usaha sendiri dan doa kepada Allah s.w.t.
Memang banyak hadith-hadith yang dibacakan kepada kita berkenaan dengan kelebihan Ramadhan. Namun sesetengah daripada kita tetap lupa untuk menghayati intisari hadith tersebut. Yang ada hanya rasa untuk makan dan menikmati jamuan berbuka puasa. Sehingga lupa tuntutan yang lebih besar daripada itu iaitu tuntutan ibadah.
Ibadah pada bulan ini sebenarnya tidak mudah untuk dilakukan. Dengan keletihan dan rasa panas, mencabar produktiviti kita dalam beribadah. Sepatutnya bulan ini bukan hanya tertumpu pada ibadah puasa sahaja, bahkan ibadah-ibadah lain yang harus kita lakukan. Sekiranya ini kita tidak lakukan, maka tergolonglah kita ke dalam hadith Rasulullah bahawa kita hanya berpuasa dan mendapat lapar dan dahaga sahaja.
Ibadah yang paling mudah untuk dilakukan adalah bersedekah. Bersedekah dapat melunturkan segala dosa, merungkai kehitaman jiwa dan seterusnya mempersiapkan naluri kita untuk mempertingkatkan ibadah kepada Allah s.w.t. Hadith yang paling masyhur pada bulan Ramadhan berkaitan sedekah adalah seperti yang dicatat pada halaman ini.
Sekiranya kita mempunyai akaun di Bank Islam Malaysia Berhad, lebih mudah untuk bersedekah. BIMB menyediakan pautan Internet Bankingnya Bankislam.biz ke akaun-akaun rumah-rumah anak yatim dan kebajikan Islam seluruh negara. Dengan beberapa klik, anda telah menjalankan tanggungjawab anda dengan sempurna, iaitu memberi makan kepada anak-anak ini.
Sekiranya tidak, pergilah ke masjid-masjid, surau-surau, rumah-rumah kebajikan dan bersedekahlah. Besar sekali sumbangan kita terhadap mereka yang memerlukan dan melaksanakan keperluan-keperluan ibadah yang lain.
Cubalah, mana tahu, dengan sedekah ini, kita akan diberikan ganjaran yang berlipat kali ganda di dunia dan di akhirat. Yang paling penting, dengan bersedekah, kita memadam dosa-dosa kita, membuka pelaburan yang besar di akhirat nanti dan sedekah itu pastinya akan menyediakan diri dan keluarga kita utuh daripada ancaman bahaya wabak dan penyakit. InsyaAllah.
Sudahkah anda bersedekah hari ini?

Comments