Kerana Sekeping Kulit : Anda tidak lagi mahu lakukan maksiat selepas ini

Lapisan yang paling luar pada badan manusia dikenali sebagai kulit. Perkataan kulit terbit beberapa kali pada kitab al-Quran dan merupakan komponen kehidupan yang paling penting. Menurut pengkisahan sains, kulit adalah satu lapisan yang terdiri daripada liang-liang yang menyerap perubahan persekitaran, mempertahankan kita daripada penyakit dan seterusnya sebagai agen deria yang paling penting untuk memberikan kita satu perasaan yang dinamakan seagai sakit. Lapisannya sangat unik yang mana ianya boleh menterjemah signal yang dihantar apabila wujudnya konteks kepada kulit kepada saraf-saraf hingga ke otak pemikiran kita.

Dalam al-quran, kulit merupakan organ yang penting yang dijadikan oleh Allah, sehingga manusia merasakan satu keistimewaan apabila memiliki kulit yang cantik dan putih. Begitu juga sebaliknya, manusia yang memiliki kulit yang huduh dan gelap sering kali dipandang serong oleh masyarakat lain. Sehinggakan Allah memberitahu ummatnya bahawa Dia tidak melihat kepada fizikal kita, sebaliknya melihat kepada ketinggian takwa kita pada Allah s.w.t.

Saya terbaca kepada beberapa ayat yang sangat memberi kesan kepada saya iaitu satu ayat yang digambarkan bahawa Allah s.w.t akan mengizinkan kulit kita untuk berbicara di hadapannya bagi membuktikan kesalahan yang kita lakukan. Metapora ini sebebarnya adalah satu kepercayaan realiti bahawa sang kulit akan secara lahiriyyahnya akan berbicara di hadapan Allah bersama-sama anggota lain selain mulut apabila kita melalui saat penghisaban kita. Ini dapat dilihat dalam firman Allah swt:

"Sehingga apabila mereka sampai ke Neraka, (maka) pendengaran dan penglihatan serta kulit-kulit badan mereka menjadi saksi terhadap mereka, mengenai apa yang mereka telah kerjakan." - Fussilat 20

Lebih memeritkan apabila, kulit yang sama akan memberikan kita satu kehidupan yang sangat dahsyat apabila kita gagal dalam setiap komponen penghisaban bersama Allah swt. Kulit ini merupakan satu organ yang Allah jadikan untuk membolehkan rasa kesakitan dihantar kepada kotak pemikiran kita sehinggakan sampai kepada satu tahap pemikiran kita tidak tertanggung lagi merasai kesakitan tersebut yang menyebabkan kita mungkin tidak sedarkan diri. Namun ini berbeza apabila berada dalam azab Allah swt yang mana kulit-kulit yang telah rosak dan masak terbakar akan digantikan dengan kulit-kulit baru yang membolehkan pemakainya merasai kesakitan yang sama berulang kali. Ini dapat dihayati melalui firman Allah swt:

"Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar kepada ayat-ayat keterangan Kami, Kami akan membakar mereka dalam api Neraka. Tiap-tiap kali kulit mereka masak hangus, Kami gantikan untuk mereka kulit yang lain supaya mereka dapat merasa azab sengsara itu dan (ingatlah) sesungguhnya Allah adalah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana." An-Nisa 56.

Setelah kita mendengar kedua-dua ayat ini, apakah kita masih lagi mahu untuk melakukan kemaksiatan?

Comments

Popular posts from this blog

Hiasi Harimu dengan al-Quran

Merindui Semangat Muhammad Al-Fatih

Muhammad: Namamu Teragung