Lidah: Semanis Rasa dan Sekelat Kata
LIDAH merupakan anggota yang cukup penting dalam badan manusia. Tanpanya kita tidak mampu untuk berkata-kata melainkan omong-omong udara sahaja. Tidak cukup ukurannya menjadikan lidah "telo" dan tidak dapat menyebut rumat-rumah kata dengan sempurna. Walau pun begitu, lidah bukanlah satu organ yang bersendiri. Lidah memerlukan bibir, lelangit, gigi, "anak tekok", peti suara untuk berfungsi sempurna. Menjadikan lidah adalah paling popular kerana menjadi kunci kepada fungsi-fungsi organ atau bahagian sekitarnya. Dalam pepatah melayu juga, lidah banyak disebut seperti "lidah bercabang" dan sebagainya.Sebagaimana kedudukan lidah sebagai organ kunci di mulut, begitulah juga lidah sebagai kunci kepada dua tempat abadi, iaitu syurga dan neraka. Lidah menjadi jambatan kepada syurga, tetapi bagi neraka adalah antara kunci utama. Betapa hadith-hadith Rasulullah s.a.w yang menyifatkan lidah adalah penyebab utama masyarakat manusia dihumban ke neraka, selain kemaluannya.
Bagi penulis, lidah adalah antara organ atau anggota akhir yang menzahirkan sesuatu daripada hati dan pemikiran, iaitu perkataan. Pepatah melayu, "terlajak perahu boleh di undur, terlajak kata, padah akhirnya". Lidah akan menzahirkan apa-apa jua fikiran pada perasaan atau fikiran pada akal. Baik atau buruk, bergantung kepada keputusan hati masing-masing. Ada lidah yang bercakap buruk, lantaran pengalaman hidupnya. Ibu bapa menunjukkan anak-anak bercakap kasar. Hiburan, televisyen dan sebagainya yang mendedahkan manusia untuk berkata-kata songsong. Carutan kepada ibubapa sendiri dan makian, juga umpatan. Lebih buruk adalah fitnah yang memalukan. Sehingga perkataan ini digambarkan sebagai cermin peribadi dan sebagai pakaian akhlak seseorang. Buruk percakapan, kosong percakapan, begitulah gambarnya akhlak dan peribadi kita.
Lidah adalah satu-satunya organ yang mengeluarkan kata, bermakna boleh menuduh dan juga boleh menjawab tuduhan. Dengan lidah kita boleh bersumpah menafikan, dengan lidah kita boleh bersumpah sebagai saksi dalam melihat perbuatan maksiat, dengan lidah kita boleh bersumpah lian, dan lidah kita boleh menipu manusia. Justeru, lidah adalah jambatan komunikasi paling penting dan tidak hairanlan bahana lidah diperlihat terlebih dahulu di mahkamah akhirat. Ada manusia yang mengambil gunting dan memotong lidahnya, ada yang menggunakan lidahnya untuk menjilat daging-daging busuk rakan-rakan yang diumpatnya. Siri-siri "pertunjukkan" ini adalah menefestasi daripada kelancangan lidah dan perbuatan buruk yang didalangi oleh hati dan disubahati oleh lidah.
Sejarah fitnah bukanlah baru. Sejarah ini bermula sejak dari zaman Nabi Muhammad s.a.w sendiri, apabila Saidatina Aisyah di fitnah oleh orang munafiqin Madinah yang diketuai oleh Abdullah bin Ubai, apabila Aisyah r.anha tertinggal daripada pasukan tentera yang pulang memerangi kaum yahudi dan akhirnya di bawa pulang oleh seorang daripada sahabat Rasulullah s.a.w yang ditugaskan untuk membuat "sweeping" sekiranya ada barang-barang tercicir. Keadaan ini lebih gawat apabila para munifiqin bijak mencuri peluang menyebarkan fitnah bahawa sesuatu yang buruk telah berlaku antara keduanya dan mendustakan aisyah bahawa beliau telah berlaku curang (Wa'iya zubillah). Inilah natara fitnah terbesar dalam sejarah umat Islam dan janganlah kita mengukir diri kita sebagai Abdullah bin Ubai kedua.
Keadaan ini berlarutan sehingga ada sesetengah sahabat yang berbelah bagi kerananya. Ada yang tidak mempercayai dan ada yang mencadangkan jalan penyelesaian yang lebih mudah kepada Rasulullah s.a.w. Sehingga fitnah ini sampai ke pengetahuan Aisyah, lalu menangislah Aisyah dan akhirnya beliau memohon untuk pulang ke rumah ayahandanya. Nabi s.a.w menunjukkan sifat-sifat suami yang sejati apabila tidak menghukum dalam tergesa-gesa dan tidak melatah apabila menerima berita. Semuanya dipulangkan kepada Allah s.w.t dan ini menjadi satu bukti betapa bahayanya fitnah yang boleh memporak perandakan kehidupan kita. Lantaran peristiwa ini, turunlah ayat-ayat yang menunjukkan bagaimana untuk menangani fitnah ini termasuklah perintah had mendatangkan empat saksi adil dalam perkara dakwaan berkait dengan kehormatan termasuklah penzinaan. Firman Allah yang bermaksud: [Al-Quran Web Application @ Ekabakti.com]
12) Sepatutnya semasa kamu mendengar tuduhan itu, orang-rang yang beriman lelaki dan perempuan, menaruh baik sangka terhadap diri mereka sendiri dan berkata ' ini adalah tuduhan yang dusta yang nyata.
13) Sepatutnya mereka ( yang menuduh ) membawa empat orang saksi membuktikan tuduhan itu, oleh kerana mereka tidak mendatangkan saksi, maka mereka disisi hukum Allah, adalah orang-orang yang berdusta.
14) Dan kalaulah tidak kerana adanya limpah kurnia Allah dan rahmat-Nya kepada kamu, di dunia dan di akhirat, tentulah kamu dikenakan azab seksa yang besar disebabkan kamu turut campur dalam berita palsu itu.
15) Iaitu semasa kamu bertanya atau menceritakan berita dusta itu dengan lidah kamu, dan memperkatakan dengan mulut kamu akan sesuatu yang kamu tidak mempunyai pengetahuan yang sah mengenainya, dan kamu pula menyangkanya perkara kecil, pada hal ia pada sisi hukum Allah adalah perkara yang besar dosanya.
16) Dan sepatutnya semasa kamu mendengarnya, kamu segera berkata ; tidak layak bagi kami memperkatakan hal ini...!!! Maha Suci Engkau ( Ya Allah dari mencemarkan nama baik ahli bait Rasulullah ) ini adalah satu dusta besar yan amat mengejutkan.
17) Allah memberi pengajaran kepada kamu, supaya kamu tidak mengulangi perbuatan yang sedemikian ini selama-lamanya, jika betul kamu orang-orang yang beriman.
18) Dan Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keterangan ( hukum-hukum-Nya ); kerana Allah Maha Mengetahui Maha Bijaksana.
( Surah An-Nur ayat 11-18 )
Peristiwa ini memberi gambaran yang jelas betapa bahayanya fitnah dan kata-kata dusta dan nista. Islam menyuruh umatnya agar menjaga aib manusia. Penyebaran fitnah dan kata dusta selalunya ditokok tambah oleh manusia yang sememangnya gemar untuk menghangatkan keadaan melalui pendapat-pendapat yang songsang. Islam menggesa merka yang melakukan perbuatan mungkar seperti penzinaan, liwat dan sebagainya agar bertaubat dan mengaku atas ketelanjuran tersebut dan menyerah diri untuk dihukum. Kesedaran ini membisikkan kepada kita, azab dunia ini laksan setitis air panas berbanding azab di akhirat laksana lautan api yang tiada hujungnya.
Tidak hairanlah apabila Saidina Abu Bakar, meletakkan seketul batu kecil di dalam mulutnya dan apabila hendak berkata-kata, beliau akan memikirkan sama ada perkataan nanti membawa maksiat atau tidak ketika mana beliau cuba untuk membuang batu tersebut. Lihat lah betapa halusnya iman para sahabat dan kuatnya kefahaman kepada perkara peri pentingnya menjaga lidah demi kesejahteraaan ummah dan kesempurnaan hidup bermasyarakat. Kita bagaimana? Kadang-kadang, tangan juga memainkan peranan sebagai lidah, facebook misalnya? Jagalah, kerana semua ini akan dipersoalkan di akhirat nanti.
"Ya Allah, peliharalah lidah kami, lidah anak-anak kami, lidah isteri-isteri kami daripada kata-kata keji, dusta, nista, umpat, fitnah, adu domba dan selamatkan kami daripada lidah para penabur fitnah. Ya Allah, jauhkanlah lidah kami daripada menyakiti umat manusia, dan jadikanlah ia kepada kami sebagai penyelamat daripada api neraka, dan jadikanlah perkataan kami sebagai jambatan menuju ke syurga. Ya Allah, ampunkan lah kami, dan golongkanlah kami dalam mereka yang berkata benar... amin." - ah/
Comments
apa gunanya hidup ini jika tiada lidah. pahit, manis, masam, masin semuanya sama. tiada apa yang dapat dikatakan walaupun alam ini di bina sebegitu indah.
lidah menjadikan hidup ini berwarni warni, dengan pujian, dengan hinaan, dengan dorongan dengan motivasi, dengan kutukan.
itulah lidah.. seketul daging yg tajamnya melebihi tajam sebilah pedang..