Antara Darah dan Maruah
Terdetik hati ini untuk berbicara tentang suatu topik yang ada hubung kait dengan suatu yang amat penting dalam kehidupan manusia, iaitu darah dan maruah. Dua perkara ini amat berbeza bukan sahaja dari segi falsafahnya, tapi turut dalam ertikata fizikalnya. Darah sinonim dengan merah, tetapi mempunyai maksud yang lebih luas daripada itu dalam konteks bicara kita pada hari ini, itulah nyawa. Sedang nyawa pula adalah satu bahasa sanskrit tua yang membawa makna "hidup". Dalam konteks yang lebih berbeda, maruah lebih sinonim kepada satu ungkapan nusantara iaitu "air muka". Satu bentuk kata yang amat halus penciptaannya iaitu gabungan dua komposisi utama kehidupan iaitu air dan muka. Tampak duanya jauh berbeza, tetapi telaahnya tetap serasi sehingga digabungkan menjadi satu ungkapan bahasa yang amat terkenal. Maruah adalah satu perkataan yang berasal daripada Bahasa Arab yang telah mengislamisasikan bahasa melayu sejak kurun ke 14 atau lebih dahulu daripada itu.
Mungkin perbincangan ini agak berat jika dibandingkan dengan rungkaikata politik, atau hiburan yang lebih sensasi jika dibanding dengan rungkaikata skematik berbentuk ilmiah ini. Namun, ini bukanlah satu halangan kerana penulisan sebenarnya adalah roh dan manifestasi jiwa yang diterjemahkan dalam satu bentuk bait kata yang tidaklah perlu gramatis, tetapi perlu menepati citirasa dan lahir dari hati yang tulus.
Berbalik kepada topik utama, iaitu darah dan maruah, sebenarnya berjalan seiring. Dapat dilihat daripada sejarah peradaban manusia, pertalian antara darah dan maruah amatlah jitu dimana telah banyak korban yang diukir pada sejarah manusia. Ironinya, biarlah semahal manapun setitik darah itu, tetap akan ditumpahkan kerana mempertahankan maruah yang ada pada diri seorang bergelar manusia.
Ambil sahaja contoh yang paling kecil, manusia dan haiwan. Kerana yang membezakan seseorang itu antara manusia dan hiyawan, hanyalah maruah. Kerana maruah manusia berpakaian, sedang binatang berselimutkan kulit tanpa menutupi kemaluan mereka pun. Kerana maruah adalah setunjang dengan akal dan terbit dari tunas yang sama. Secara analoginya, manusia yang menyerupai binatang, bukan kerana pemikirannya tetapi terhakisnya rasa maruah pada diri mereka, berakaian dan berperangai seserupa dengan hiyawan itu.
Kadang-kadang maruah lebih hebat daripada pegangan, dan kerana maruah menyatukan satu bangsa yang berpecah. Lihat sahaja peritiwa persaudaraan aus dan khazraj oleh Muhammad s.a.w. Bagaimana satu puak yang dahulunya menguasai yathrib, dipecah belahkan menjadi dua puak yang bertelagah oleh lidah-lidah durjana kaum yahudi pada ketika itu. Nabi s.a.w menyedarkan mereka bahawa mereka adalah puak yang bermaruah dan tidak boleh diperkotak-katikkan oleh Yahudi, menjadikan mereka satu bangsa yang besar dalam sejarah peradaban manusia moden.
Daripada contoh ini, kita dapat fahami bahawa Maruah itu adalah sesuatu yang berkait rapat dengan galur keislaman seseorang, bahkan gabungan antara maruah dan pengangan menjadikan seseorang lebih hebat dan mulia. Lihat sahaja peristiwa Sumayyah, satu contoh yang amat dominan dalam mempertahankan pegangan agama melebihi maruah diri mereka sehingga darah tertitis dan beliau mengalir menyembah bumi. Begitu juga dengan peristiwa Mashitah, penyikat rambut anak firaun, ang lantang mengungkap tuhannya dihadapan fir'aun. Mengatasi maruahnya, biarpun dihina dengan direndam dalam telaga panas, pegangan agama mengatasi segalanya.
Kita terlupa tentang "musuh" kepada maruah kita, iaitu harta dan nafsu. Kadang-kadang kita tidak sedar yang kita telah hilang maruah dan harga diri dek kerana tamakkan harta dan kehidupan yang selesa. Bagaimana mereka menggunakan saluran yang ada untuk mengaut keuntungan dunia. tidak kira sama ada politikus, ataupun ahli ilmuan. Meletakkan maruah diri pada tempat yang paling corot dengan membisu dalam menegakkan kebenaran. Mereka tidak hairan dan segan untuk menabur fitnah.
Maruah adalah segala-galanya selagi ianya tidak bertentangan dengan agama. Kadang-kadang kita termakan bujukan nafsu yang akhirnya mengelirukan kita tentang maruah dan sombong diri. Lihat sahaja yang berlaku pada Abu Talib, kerana tidak mahu tunduk kepada ajaran anak menakannya, akhirnya mati kufur walaupun cintanya kepada Rasulullah s.a.w melebihi cinta umat manusia. Dipeliharanya Rasulullah s.a.w sejak kecil dan dikasihinya melebihi dirinya.
Lihat juga peristiwa bagaimana seorang khalifah yang menghukum anaknya kerana berbuat kejahatan. Maruah dirinya sebagai pemerintah diketepikan, tetapi demi ketundukan kepada undang-undang dan perintah Allah s.w.t, hukuman dijalankan atas dasar penguatkuasaan dan bukanlah berbentuk pilih-memilih dan lindung-melindungi.
Sahabat, ingatlah, janganlah antara kita tertutup matanya melihat kebenaran, meletakkan Islam jauh kebelakang dan memandang sepi kepada kezaliman. Pulanglah kepada Islam, itulah hati yang tenang. -ah.

Comments
Topik yang menarik untuk dibincangkan.
Pada zaman sekarang ini juga ramai alim ulama yang menjadi sumber rujukan agama hilang maruah diri demi mempertahankan kedudukan serta pendapatan mereka dengan cara tidak mempertahankan hukum Islam yang sebenar. Amalan "Amal Ma'ruf Nahi Mungkar" seolah-olah dipandang sepi. Tambahan pula apabila sesuatu kesilapan yang dilakukan membabitkan golongan tertentu seperti mereka yang berpengaruh. Hukum yang dinyatakan seakan-akan menjaga kepentingan mereka. Andai kata terdapat golongan yang benar-benar mempertahankan hukum, mereka sering ditindas serta dikenakan tindakan yang tidak sepatutnya. Keadaan menjadi bertambah parah apabila sesuatu perkara sering dipolitikkan. WaAllahua'lam.
Berbalik pada maruah, Ilmu masih lagi belum menjamin seseorang bermaruah. Tetapi iman dan takwa adalah jaminan seseorang diangkat darjat dan maruah di sisi Allah dan Masyarakat. Seperti firman allah yang sefahamnya "Allah mengangkat darjat orang yang beriman dan yang mencari ilmu dengan beberapa darjat.".
Tapi kadang kita lupa kepada maruah agama, yang perlu dipertahankan lebih dari segalanya. Inilah kelemahan kita.