Surah At-Tiin: Antara Shahih dan Dhaif

Surah at-Tiin adalah antara surah yang popular dalam bacaan sembahyang. Surah ini yang mengandungi kandungan-kandungan penting berkenaan dengan akidah, kepercayaan kepada Allah dan kepercayaan kepada pembalasan api neraka akibat perbuatan buruknya.

Jika setengah kita belajar perbandingan agama, setengahnya berhujah bahawa ayat ini turut merujuk kepada agama buddha dengan rujukan kepada buah tiin atau buah bhool dalam budaya asalnya yg menjadi lambang agama buddha. Buddha dikatakan adalah seorang rasul yang diutuskan kepada kaumnya membawa ajaran Islam. Yang kemudian dihakis konsep keislamnya akibat ditelan zaman. Ada juga menisbahkan Guatama Buddha sebagai Nabi Zul Kifli iaitu seorang Nabi yang harus diimani oleh orang Islam. Apapun pandangan orang kita tetap percaya bahawa Allah mendatangkan al-Quran dengan hikmah untuk memberi ruang kepada kita mengkaji agama ini.

Diakhir ayat surah ini, ada satu ayat yang signifikan untuk kita bincangkan. Kita sedia belajar dalam kaedah taamil al-Quran, apabila kita melalui ayat-ayat berupa rahmat, azab dan sebagainya, untuk kita beri reaksi atau respon yang bersesuaian. Sebagai contoh, ayat berkait rahmah, kita sebut dengan sahutan yang baik.

Saya pernah diteguri seorang anak muda yang hafiz al-Quran, ditanya kepada saya dimana dalilnya dari hadith apabila saya menyebut "bala wa ana dzalika minasyyahidin" selepas imam menyebut "alaisal lahu biahkamil hakimin" dalam solat saya. Saya bertanya pada dia, apakah kamu tidak membacanya? Dia berkata: saya tidak menyebutnya kerana saya tidak mempunyai dalil mengenainya. Saya menjawab, sudah tentu ada dalilnya. Kerana ini amalan para salafussoleh. Orang alim ulama. Cuma, saya tidak mahu bincangkan apa martabat dalil tersebut, sahih atau dhaif. Kerana dalam beribadah, bila kita menolak hadith dhaif, kita tidak beramal dengan ilmu yang kita belajar dalam perkara hadis ini.

Berikut adalah dua hadith berkenaan perkara ini:

Dari Musa bin Abi Aisyah, beliau menceritakan,

Ada orang yang shalat di atas rumahnya, ketika dia membaca,

أَلَيْسَ ذَلِكَ بِقَادِرٍ عَلَى أَنْ يُحْيِيَ الْمَوْتَى

(QS. al-Qiyamah: 40)

Dia mengucapkan,

سُبْحَانَكَ فَبَلَى

“Maha Suci Engkau… tentu Engkau mampu”

Merekapun bertanya kepada beliau tentang hal itu. jawab beliau, “Aku pernah mendengarnya dari Rasulullah shallallahualaihi wa sallam.” (HR. Abu Daud 884 dan dishahihkan al-Albani).

Hadis kedua, dari Ismail bin Umayah, saya pernah mendengar seorang badui yang membawakan riwayat dari Abu Hurairah radhiyallahuanhu, bahwa Rasulullah shallallahualaihi wa sallam bersabda,

من قرأ منكم والتين والزيتون فانتهى إلى آخرها أليس الله بأحكم الحاكمين فليقل : بلى وأنا على ذلك من الشاهدين

Siapa yang membaca surat at-Tin dan selesai sampai akhir surat, (yang artinya), ‘Bukankah Allah Hakim yang paling adil?’ hendaknya dia mengucapkan, ‘Balaa wa ana ‘ala dzalika minas Syahidin’. (HR. Abu Daud 887 dan didhaifkan al-Albani).

Sebab dhaifnya adalah adanya perawi majhul (tidak diketahui statusnya), si badui yang meriwayatkan ari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu.

Imam Ibnu Utsaimin mengatakan,

لو قرأ القارئ : ( أَلَيْسَ ذَلِكَ بِقَادِرٍ عَلَى أَنْ يُحْيِيَ الْمَوْتَى ) فله أن يقول : بلى ، أو سبحانك فبلى ، لأنه ورد فيه حديث عن النبي عليه الصلاة والسلام ، ونص الإمام أحمد عليه ، قال الإمام أحمد : إذا قرأ : ( أَلَيْسَ ذَلِكَ بِقَادِرٍ عَلَى أَنْ يُحْيِيَ الْمَوْتَى ) في الصلاة وغير الصلاة قال : سبحانك فبلى ، في فرض ونفل . وإذا قرأ : ( أَلَيْسَ اللَّهُ بِأَحْكَمِ الْحَاكِمِينَ ) فيقول : سبحانك فبلى .

Jika orang yang membaca ayat (yang artinya), ‘Bukankah Allah Maha Kuasa untuk menghidupkan orang mati?’ maka dia bisa mengucapkan, ‘Tentu, atau Subhanaka, tentu Engkau kuasa.’ Karena terdapat riwayat dari Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam tentang hal ini. Imam Ahmad juga menegaskan demikian. Imam Ahmad mengatakan, ‘Jika orang membaca ayat (yang artinya), ‘Bukankah Allah Maha Kuasa untuk menghidupkan orang mati?’ baik ketika shalat maupun di luar shalat, lalu dianjurkan mengucapkan, “Subhanaka, tentu Engkau mampu.” Baik shalat sunah maupun wajib. Jika membaca ayat (yang artinya), “Bukankah Allah Hakim yang paling adil?” maka dia bisa mengucapkan, Subhanaka, tentu ya Allah… (as-Syarh al-Mumthi’, 3/398).

Perbincangan ini saya petik dari https://konsultasisyariah.com/28956-bacaan-di-akhir-surat-at-tin.html

Alhamdulillah, Rasulullah s.a.w mengajar kita supaya berdoa agar Allah berikan kita kefahaman dalam agama dan keupayaan untuk berta'weel.

Bagi saya tiada kegusaran dalam menyahut dengan sahutan yang baik dalam solat dalam linkungan yang ditetapkan oleh Allah swt. Sama ada sahih atas dhaif martabat dalilnya. Saya yakin Kita tidak berbidaah kerana kita tidak mencipta perkara sesat iaitu perbuatan yang dicegah oleh Rasulullah s.a.w. Sebaliknya kita mempraktikkan rasa sayang dan penghambaan kita pada Allah swt melalui puji-pujian selayaknya untuk Allah, tuhan semesta alam.

Wallahu a'lam.

Comments

Popular posts from this blog

Hiasi Harimu dengan al-Quran

Merindui Semangat Muhammad Al-Fatih

Muhammad: Namamu Teragung