Jikalau Anda Memilih Islam

Islam adalah agama yang tinggi. Islam agama yang suci. Islam adalah satu-satunya jalan menuju Allah s.w.t. Daripada Adam a.s sehinggalah kepada manusia terakhir yang lahir, adalah secara fitrahnya tunduk kepada Allah s.w.t sebagai pencipta. Cuma, yang menjadikan seseorang manusia itu lupa adalah kerana faktor pilihannya dan pilihan ibubapanya.

Jika anda memilih Islam, anda mungkin kehilangan kawan. Terutama apabila anda terlihat lebih daripada orang lain. Dari segi pakaiannya, perbuatannya dan percakapannya. Jarang orang senangi diri kita berjiwa Islam melainkan dianya ikhlas mencari redha Allah dan memahami hakikat hidupnya. Kebanyakan kita tidak senang dengna orang yang lebih daripada kita. Baik duniawi atau ukhrawi. Lihatlah betapa halus jarum syaitan laknatullah mewujudkan hasad di hati kita.

Jika anda memilih Islam, ada dipandang serong. Jika anda memilih berhijab daripada sebelumnya ada tidak bertudung, anda mungkin kehilangan kawan. Yang dulu seperti anda. Mungkin dia tidak senang melihat anda berubah tetapi dirinya tidak. Anda di cemuh. Tetapi ingatlah, apabila telah datang taufik kepada anda, berpeganglah padanya. Sebab khuatir, selepas ini tiada taufik lagi buat anda. Jadi bersabarlah. Teruskan usaha islami anda.

Jika anda memilih Islam, anda dilihat mundur. Syahwat manusia akan menghiasi mata dan mengatakan Islam itu memundurkan alam. Islam itu katanya menjadikan anda pemalas, Islam itu menjadikan anda pasif. Bersabarlah, dan ingatlah hakikat dunia ini penjara pada anda, sedang akhirat kelak adalah pembebasan. Islam adalah agama yang membawa kebahagian kepada anda.

Tidak kaya anda memilih Islam. Tetapi memilih Islam menjadikan anda kaya nilai, kaya akhlak dan kaya budi.

Kalau anda telah memilih jalan Islam, bersabarlah. Onak durinya tajam. Boleh membuatkan anda berpatah balik kepada hidup anda sebelum ini. bersabarlah.

Comments

Popular posts from this blog

Hiasi Harimu dengan al-Quran

Merindui Semangat Muhammad Al-Fatih

Muhammad: Namamu Teragung