Cinta Allah Melalui Ujian
Terngiang-ngiang terjemahan Al-Quran, yang Allah meletakkan satu cop rasmi bagi mereka yang beriman, iaitu ujian. Ujianlah yang membezakan kita dengan orang-orang yang tidak beriman, kerana apabila diuji, kita pulang kepada Allah swt. Lihat saja cubaan yang diterima oleh bapa kita Adam, dicuba tuhan, dicampak ke dunia dan berpisah dengan Hawa. Lihat pula Zakariya di cuba Allah dengan gergaji kepalanya. Lihat pula Nabi Musa diuji dengan sikap kaumnya yang bodoh sombong. Semuanya diuji untuk melihat kepada besarnya martabat mereka disisi Allah swt.
Jikalau ada antara kita berkata, aku tidak tahan dengan ujian ini. Maka ingatilah balik peristiwa yang berlaku kepada Maryam a.s. Seorang yang hidupnya dipenuhi dengan ibadah dan taqwa kepada Allah. Ditinggalkan segala hal keduniaan. Tetapi diuji dengan ujian yang tidak ditanggung oleh sesiapapun dimuka bumi ini. Bagaimana, seorang yang perawan diuji dengan anak dalam kandungan. Berbulan-bulan dia menaggung ejekan, sehingga dihalau oleh kaumnya dan berkeseorangan. Akhirnya ujian ini berakhir dengan pemberian yang paling besar dalam sejarah kehidupan. Anaknya yang dalam kandungan bercakap membela ibunya. "Akulah Hamba Allah, yang diberikan kitab dan dijadikan aku Nabi. Dia menjadikan sekelilingku penuh keberkatan kemana jua aku berada, dan dianugerahkan aku dengan solat dan zakat...". Sehingga tunduk dan rebah para rahib yang menghina Maryam dihadapan kaumnya. Sehingga nama Maryam diabadikan Allah sebagai satu-satunya nama suci seorang wanita yang dinukil dalam Al-Quran.
Semua ini adalah bayangan daripada ujian Allah. Semua diuji dan dilihat apakah yang akan berlaku. Ada orang diuji kegagalan, diuji kesusahan, diuji dengan penipuan dan diuji dengan kerugian. Ada yang diuji bertahun-tahun, ada diuji berbulan-bulan. Bahkan ada yang diuji sehingga kini. Ingatlah, apa yang diuji kita, tidak ada apa dibandingkan dengan ujian yang diberikan kepada para nabi kita.
Jika masih lagi berat, ingatlah kepada ayat al-Quran yang selalu diulang selepas solat, "tidak Allah memberatkan seseorang melainkan orang itu mampu untuk memikulnya". Janganlah kerana ujian tersebut, kita jauh daripada allah. Hendaknya ujian itu, mendekatkan diri kita kepada Allah dan memberikan kita inspirasi, bahawa kita mampu untuk melakukan yang terbaik bagi melepasi ujian itu.
Amir

Comments