Jangan Dihina Pemungut Sampah
Kita patut bersyukur kalau kita mendapat kerja sebagai sebagai doktor. Kerana atas usaha kita menghafal nama2 penyakit, kita boleh duduk di kerusi empuk. Atau mungkin kerana nasib tertulis, kita mendapat pembiayaan dan biasiswa.
Cuba kita bayang kalau kita ditakdirkan menjadi pemungut sampat. Seawal 5 pagi kita bangkit untuk mengutip sampah di perumahan. Atas usaha kita mengutip sampah untuk mengisi perut, kadang2 kita dicemuh. Dengan baunya. Busuknya.
Mubgkin pemungut sampah itu tidak sebaik nasib kota. Mungkin kerana miskin dan tiada duit, mereka tidak dapat belajar.
Ajarkan anak2 kita menghormati sesiapa sahaja termasuk pemungut sampah. Kerana kita tidak tahu selama mana kita akan diempuk kerusi kita. Mungkin esok atau lusa takdirnya kita seperti mereka.
Sekadar coreten dikongsi dengan taulan.
Comments