Inilah Politik Sepatutnya
Assalamualaikum w.b.t
Politik jiwa adalah suatu yang sangat halus. Seorang pakar politik atau politikus sendiri yang berjaya membawa bangsa atau pemerintahannya kepada kejayaan tidak bererti dia telah berjaya dalam arena politik jiwanya sendiri. Seperti politik negara, politik jiwa ini lebih rumit. Walau pun politik ini tidak menjanjikan kesenangan, pangkat dan kuasa, tetapi politik jiwa ini menentukan nasib kita di kemudian hari.
Politik jiwa ini di bahagikan kepada tiga. Satu pihak pemerintah, kedua pihak pembangkang dan ke tiga rakyat. Ya, sama juga seperti politik kenegaraan, tetapi politik jiwa ini lebih abstrak kerana tuturannya bukan melalui pena dan media, tetapi hanya melalui saraf-saraf. Pucuk pemerintahan bergantung kepada suasana politik jiwa seseorang.
Jika seseorang berwatak baik, maka hatinya sebagai pemerintah, nafsunya sebagai pembangkang sementara anggota badannya sebagai rakyat. Sebagai contoh bangun bersolat malam, tentunya hatinya memerintah akalnya untuk bangun. Kakinya melangkah ke arah tempat wuduk dan tikar sejadah. Akhirnya, politik jiwa ini membawa badan secara keseluruhannya ke arah kebaikan. Sedang nafsunya sebagai pembangkang. Yang lebih suka kakinya pulang kepada tempat tidur untuk terus berdengkur.
Tetapi kalau wataknya jahat, maka hatinya adalah pembangkang yang lemah dan pemerintahan negara badannya dipelopori oleh nafsu. Maka rakyat jelata (anggota badan) yang tidak mempunyai hak apa-apa, hanya terpaksa mengikutnya melakukan penzinaan, rompakan ataupun penindasan. Suara pembangkang dalam jiwanya tidak kuat untuk memadamkan resolusi nafsu yang telah mengambil keputusan untuk melakukan perbuatan salah.
Sebab itulah Allah swt menurunkan Al-Quran dan Hadith sebagai perlembagaan jiwa. Yang terkandung dalamnya berbagai peraturan yang telah disempurnakan oleh Allah s.w.t. Tidakkah kita melihat keadaan ini sama seperti politik kenegaraan kita?
Begitu juga keadaannya di akhirat nanti, apabila rakyat (anggota badan) akan bercakap mengenai keburukan atau kebaikan pemimpin mereka (hati dan nafsu). Surah Yaasin dengan jelas mengatakan tentang perkara ini apabila tangan-tangan akan berkata tentang apa yang diperolehnya.
Jangan kita sibuk berpolitik tetapi politik jiwa kita tidak kemana tahapnya. Politik jiwa ini sekiranya membawa kepada kejayaan, maka akan berjayalah negara yang ada jiwa-jiwa ini. Jiwa inilah yang telah membawa Islam kepada kita hari ini. Mereka yang telah berjaya menakluki jiwa dengna politik mereka sendiri. /ah.

Comments