Rakaman Sejarah di Egypt
Assalamualaikum w.b.t
Hari ini tercatat sejarah iaitu pada 12.2.2011 (waktu tempatan) atau 11.2.2011 waktu Amerika Syarikat (Timur), Presiden Hosni Mubarak turun daripada kerusi Presidennya. Sejarah sepuluh tahun lepas berulang kepada sejarah umat Islam apabila sebuah negara Islam yang besar iaitu Indonesia, menumbangkan Presidennya pada waktu itu iaitu Suharto. Lebih sepuluh tahun berikutnya, satu negara yang amat sinonim dalam Islam apabila tanahnya disebut dalam al-Quran menjadi titik pertemuan mata dunia. Rakyat bangun menuntut ketuanya undur untuk membolehkan negara permata nil ini di tadbiri dengna lebih berjaya.
Saya berkesempatan lalu di hadapan kedutaan Mesir di Amerika Syarikat. Beberapa jam selepas presiden meletakkan jawatan, rakyat-rakyat mesir berkumpul dengan kasidah yang mengasyikkan. Media-media di Amerika Syarikat berterusan menayangkan tangisan wanita-wanita Arab yang tidak dapat menahan sebak atas kejayaan rakyat ini. Yang amat memelikkan, kenapa mereka beriya-iya dalam menawarkan sesuatu kepada kerajaan Mesir baru yang akan dibentuk tidak lama lagi.
Mesir adalah tanah yang memperlihatkan kekuasaan bumi yang antara tertua yang dinukilkan dalam Al-Quran selepas zaman Babilon. Mesir moden hari ini tidak dapat menggambarkan kekuasaan firaun pada zaman Nabi Musa a.s. Mesir pada hari itu mempunyai kekuatan kekuasaan yang tidak ada sukatan yang pernah ditulis dalam lipatan sejarah. Mungkah pemerintahannya menguasai timur dan barat? Sehingga keangkuhan firaun menolak tuhan yang lain dan mengangkat dirinya sebagai tuhan.
Khazanah Mesir merupakan antara yang terkaya yang pernah dihasilkan di atas muka bumi dengan peninggalan piramid dan mummy firaun yang bernilai teraan jutaan ringgit. Hasil buminya diemasi dengan kesuburan sungai nil yang menjadi mata air dunia. Khazanah inilah yang ingin diratah oleh dunia barat terhadap negara Mesir yang mempunyai sumber gas yang cukup besar kepada dunia barat. Berbeza dengan Iraq sebagai sumber minyak, Mesir adalah sumber gandum dan makanan yang besar kepada seluruh tanah arab.
Kelonggaran pemerintahan mesir pada waktu ini amat membimbangkan dunia Islam. Islam ingin mengambil peranan pada ketika ini untuk bangun dan menghancurkan budaya nepotisme yang telah berakar umbi dalam hampir semua negara Islam. Justeru, umat Islam harus sedar permainan barat yang mungkin mengambil kesempatan di atas keadaan huru-hara dalam mendapatkan sumber kekayaan negara Islam demi untuk menjayakan misi mereka menakluk dunia.
Apa yang berlaku di Mesir pada hari ini memberi petanda yang baik kepada dunia Islam. Apabila rakyat mesir di tindas dengan dakwaan pendapatan sehari perkapita sekadar USD7 dolar sahaja, seluruh dunia mengutuk kerajaan yang ada sekarang dan meminta mereka turun daripada kuasa dan memberikan laluan kepada kumpulan pemerintahan yang lain yang lebih berwibawa membawa 80 juta rakyat Mesir ke arah pembangunan.
Seluruh dunia terutama negara umat Islam memperkatakan perihal Mesir. Dalam khutbah-khutbah mengajak umat Islam berdoa agar diberi kemudahan kepada umat Islam di Mesir membebaskan diri daripada kekejaman pemerintahan sekarang. Ini menunjukkan titik tolak kepada persatuan Islam yang mana mungkin menggabungkan seluruh negara Islam di bawah prinsip keimanan. Ini dapat menghancurkan stretegi lapuk pihak barat ketika menakluk tanah-tanah timur yang memecahkan negara Islam kepada ratusan kerajaan kecil yang menyukarkan mereka untuk bersatu.
Marilah kita berdoa agar Islam kembali ke tempatnya dan seluruh dunia bergema dengan syahadah Allah dan rasulNya. /ah.

Comments