Menyambut Kelahiran Rasul s.a.w

Assalamualaikum w.b.t

Minggu depan kita menyambut ulang tahun kelahiran Nabi s.a.w. 12 Rabiul Awwal, adalah tarikh paling gemilang dalam sejarah Islam. Pada hari ini, seorang penyelamat yang dijanjikan dalam semua kitab-kitab samawi termasuk kitab yahudi, nasrani, hindu, parsi, buddha, menjanjikan seorang penyelamat yang akan membawa dunia daripada kegelapan kepada cahaya. Semua kitab-kitab ini membawa nama 'Yang terpuji' sebagai nama pemimpin yang dinanti tersebut. akhirnya datanglah Nabi s.a.w dengan nama asal melalui bahasa langit iaitu Arab, Muhammad atau Ahmad yang membawa erti 'Yang Terpuji'.

Bagaimana kita ingin menyambut hari ini? Cukup dengan hanya berehat dan cuti sahaja? Nabi s.a.w mengajar kita lebih dari itu. Kelahiran Nabi s.a.w disambut setiap hari dengan kesyukuran. Ini kerana, Nabi menyempurnakan ajaran Islam, merumuskan ajaran Nabi-nabi sebelumnya dan membawa Islam kepada kita. Mengajar kita yakin dengan syurga dan neraka. Padahal agama lain mempermainkan konsep syurga dan neraka ini.

Cukuplah sambutan Maulidurrasul ini sebagai hari kita memperbaharui ikrar kita kepada Nabi, yang kita akan menyembung perjuangan baginda, membawa ajaran nabi keseluruh pelusuk alam. Berjuang dan dan berkorban untuk baginda. Tidak ada satupun nafas yang disedut melainkan diri kita memperingati nabi dan berjuang bersama baginda.

Marilah kita perbanyakkan solawat dan salam ke atas baginda, semoga kita berbaris di belakang baginda pada hari kiamat nanti. InsyaAllah. /ah.

Comments

Popular posts from this blog

Hiasi Harimu dengan al-Quran

Merindui Semangat Muhammad Al-Fatih

Muhammad: Namamu Teragung