Simpanlah Amarahmu
Asslamualaikum w.b.t
Tidak adalah amarah itu melainkan membawa kepada keburukan. Amrah adalah satu sifat yang sangat-sangat ditegah oleh Islam. Sehingga Islam menuturkan dalam setiap kata-katanya, perihal sabar dan menerima apa yang berlaku disekeliling sebagai ujian. Ujian dalam ertikata untuk menilai keimanan kepada Allah swt melalui qada' dan qadarnya.
Teringat kepada satu peristiwa dalam peperangan, apabla Saidina Ali kw. telah memecahkan pedang yang dihentak oleh musuh Islam lalu diletakkan dileher musuhnya mata pedangnya, tidak semena-mena musuhnya itu meludah ke muka baginda. Lalu Saidina Ali kw menarik balik pedangnya, dan menyarung di pinggangnya. Musuhnya amat hairan dengan tindakan Saidina Ali tersebut lalu bertanya, kenapa tidak saja engkau membunuhku. Lalu di jawab oleh baginda, aku tidak mahu pedang ku ini menusuk lehermu kerana perasaan amarah ku kepada mu lantaran ludahan mu itu. Kerana pembunuhan atas amarah itu tidak membawa apa-apa erti kepada agamaku. Menangis musuhnya, lalu memeluk Islam di hadapan baginda.
Lihatlah bagaimana perasaan aman tenteram dan penjinakan hati akhirnya membuahkan hasil yang tidak diduga oleh kita. Janganlah kita menggunakan perkataan-perkataan kesat yang menyakitkan hati orang yang mendengarnya walaupun mereka di pihak salah. Kerana perkataan sebegitu tidak membawa apa. Melainkan hanyalah tipuan dan untuk memuaskan perasaan amarah sahaja, yang akhirnya membawa kita kepada kebinasaan. Jangan pula orang meludah di balasnya meludah balik, kerana tidak ada gunanya keadaan itu melainkan memperlihatkan kebodohan kita. Bersabarlah sama ada kita tidak berpuas hati atau orang tidak berpuas hati kepada kita.
Sekeliling kita adalah ujianNya. Bahagia;ah orang yang berjuang menyimpan amarahnya, lantaran kasih sayang tuhan ada padanya.

Comments