Solat Sebagai Tanda Kasih Sayang

Assalamualaikum w.b.t

[Amir Hamzah Journal]

Benarkah solat tanda kasih sayang Allah kepada kita? Solat adalah tiang agama. Allah menjadikan setiap rukun dalam solat sebagai pasak yang mengikat binaan Islam itu dengan tiang solat agar binaan agama ini kukuh dan tidak goyah walaupun dipukul angin atau ribut kencang. Dimanapun binaan ini pergi atau dibangunkan, ia tetap kukuh dan utuh.

Solat terdiri daripada tiga komponen utama, iaitu tauhid, fiqh dan tasawwuf. Tauhid apabila kita menyebut Allahu Akbar atau La ilaha Illa lah. Fiqh apabila kita sempurnakan rukun dan perkara wajib sembahyang, sementara tasawwuf hadir apabila kita kusyuk.

Bagaimana solat ini tanda kasih sayang tuhan kepada kita? Ya, tauhid adalah bermula daripada hidayah. Allah memberi hidayah kepada sesiapa yang dikehendakinya. Dipilih kita menjadi muslim dan mukmin, kemudian dipilihnya lagi kita datang mengadapnya. Sementara Fiqh adalah anugerah Allah, iaitu kefahaman dalam syariat Allah. Kefahaman datang dari ilmu dan tidak ada punca ilmu melainkan Allah swt. Justeru, fiqh adalah tanda kasih sayang Allah kepada hambanya. Sementara tasawwuf adalah hubungan hati dengna allah melalui zikir dan ingatan kepada Allah. Kusyuk hanya datang apabila adanya ikhlas dan ihsan dalam diri hamba. Justeru, Allah meletakkan kusyuk ke dalam hati mereka yang Dia kasihi. Ketiga-tiga ini apabila dirangkumkan, akan menjadi bukti bahawa mereka yang mendirikan solat, adalah benar-benar dipilih atas kasih sayang Allah. Mereka diberi hidayah, kurnia ilmu dan pertautan hati dengan Rabb.

Bayangkanlah sekiranya kita terlepas solat, bermakna Allah swt tidak memilih kita daripadaa hambanya untuk datang menyembahnya. Cubalah kita selidiki apakah yang membuat Allah swt tidak memilih kita datang mengadapnya. Yang lebih hebat, apabila kita dipilih berkali-kali menyembahnya. Orang lain hanya lima kali sehari, kita lebih dari itu melalui solat sunat yang Allah s.w.t detikkan hati kita mengerjakannya.

Hebat, solat adalah tanda kasih sayang Allah. Ianya memberikan gambaran sama ada kita jatuh pada pandangan allah atau tidak. Berdoalah agar kita dipilih untuk mendirikan solat setiap waktu. Bermakna, kita dipilih bersama sekelian hamba. Bayangkan berbillion dan jutaan manusia, kita antara yang terpilih menyembahnya. Alhamdulillah. /ah.

Comments

ajako said…
betul tu ustaz, patutnya kita rasa honoured sbb dpt jemputan Allah, tp sbb ikut sgt bisikan syaitan, jemputan tu rasa mcm beban, kalau buat pun sbb terpaksa dan nak tunjuk baik...

Popular posts from this blog

Hiasi Harimu dengan al-Quran

Merindui Semangat Muhammad Al-Fatih

Muhammad: Namamu Teragung