Menanti Seorang Pejuang

Asslamualaikum w.b.t

Teringat kata-kata dalam senikata Nada Murni, berjuang ertinya berkorban, berkerban ertinya menderita... Tak ramai yang boleh berjuang... bercakap memang ramai... berbuatnya tak berapa nak ada.

Lama tak menulis ni. Dulu tulis heavy2, tapi sekarang rasanya dah tak larat lagi. Betullah Nabi s.a.w berkata, ingat 5 sebelum lima... salah satu lapang sebelum datang sibuk... sebab apabila sibuk, hilanglah semua kenikmatan. Anak pun tak sempat nak layan, balik terus buat kerja, tak lama buleh bergurau dengan anak. Pukul 9.00 anak dah tidur.

Bila teringat anak ni, tentu ramai yang ada anak. Anak permata. Sebab tu, dalam solat kita, kita perlu duakan dua perkara, satu doakan kesejahteraan ibu bapa kita dan satu lagi doakan anak zuriat kita: Rabbana hablana min azwaajina wazurriyyaatina..." Doakanlah, nanti insyaAllah doa ini turun termurun kepada anak kita yang akan lakukan perkara yang sama.

Nabi s.a.w bila menceritakan tentang umat akan datang, baginda tersenyum... lalu ditanya, Wahai Nabi, kenapa engkau tersenyum, lalu nabi menjawab, aku tersenyum melihat umatku akan datang, walau pun tidak pernah melihat wajahku, tapi mereka menyayangiku melebihi dirinya sendiri. Yang kita boleh tanya kita sekarang, adakah benar kita menyayangi nabi dengan cara sama nabi menyayangi kita? Kalau kita disekeliling nabi s.a.w di tengah kepungan kaum musyrikin, adakah kita bersama nabi, melihat sahaja nabi di aniaya, atau kita akan kedepan melawan abu jahal? Abu Jahal seorang menteri dikalangan kaumnya. Kalau zaman sekarang, pak menteri turun mesti semua akan tunduk hormatkan pak menteri. Jadi, masing-masing perlulah tepuk dada tanya iman.

Nabi s.a.w pernah bersabda, diakhir zaman akan lahir seorang daripada umat, keturunanku, namanya seperti namaku. Ini adalah gambaran nabi kepada Imam Mahdi yang ditunggu. Ada sesuatu disebalik nama tersebut, kerana nabi menggunakan al-Mahdi. Mahdi kalau kita tengok masuk boleh jadi buaian. Ingat tak hadith Nabi s.a.w, Ithlabul ilmi minal mahdi ilal lahdi. Tuntut ilmu dari buaian ke liang lahad. Jadi kalau kita fikirkan, mesti ada sesuatu petanda yang Nabi s.a.w berikan atas sebutan buaian itu. Begitulah, kita cuba namakan anak kita sebagai nama Nabi dengan menggunakan nama Muhammad atau Ahmad. Dua nama ini adalah nama rasmi Nabi s.a.w yang disebut dalam Al-Quran.

Nabi berkata, akan datang mahdi dengan kumpulan tentera (berpakaian) hitam. Nabi seru supaya kita menyertainya walaupun kita merangkak di atas salji. Hadith-hadith kalau kita belajar, dia perlu dikaji dengan teliti, sama ada perkataan nabi adalah kiasan atau memang sebenar. Kalau nabi memang maksudkan salji adalah salji yang sebenar, bermakna ada sesuatu disebalik perkataan nabi. Salah satu mukjizat nabi adalah bahasa hadith Nabi s.a.w tidak boleh ditandingi oleh sesiapa walaupun nabi bukan seorang penyair. Yang mengajaibkan, Nabi menyebut salji yang tidak ada ditanah arab.

Sebelum datang ke US, orang tropika macam saya hanya mengenal banjir. Bila banjir, kita akan turun ramai-ramai bermandi-manda. Apabila datang ke US dan dua kali berpengalaman dengna ribut salji pada tahun lepas (2009) dan tahun ini, barulah tahu apa 'seronoknya' salji ni. Salji ini seronok masa turun, tapi kalau sampai tahap setinggi pinggang, memang tuhan sahaja yang tahu. Bersyukurlah kalau duduk di tropika. Banjir sahaja, bila habis surut lah ia. Tapi salji, duduk lah disitu sampai sebulan sebab suhu yang sejuk. Dan patutlah, nabi menggunakan perihal salji, kerana pada waktu ssaljhi atau winter, pergerakan amat terhad, dengan sejuknya, kalau salji turun, berjalanpun tentu sekali mencabar.

Perkataan mahdi dan salji memberi satu petunjuk yang amat penting. Saya tidak merasakan nama al-Mahdi itu sebagai nama lahirnya. Perkataan tersebut lebih kepada gelaran. Berkait dengan buaian, saya suka untuk menyebut kisah Nabi Musa a.s yang pada waktu bayinya, selepas ditemui oleh Asiah, isteri firaun. Firaun yang menjalankan kempen membunuh semua bayi lelaki Bani Israil, merasa curiga dengan kehadiran bayi ini, kerana ketika dibawa bayi ini kepadanya, bayi kecil ini meragut janggutnya. Amatlah murka firaun sehingga mahu dibunuh bayi itu. Lalu dihalang oleh Asiah, dan asiah berkata, bayi ini tidak berniat meragut janggut firaun tetapi kebiasaan bayi memang begitu. Firaun masih tidak berpuas hati, lalu dipanggil pegawainya dan menyuruh mereka membawa satu dulang emas dan satu dulang bara. Apabila diletak kedua dihadapannya, maka atas kebijaksanaan Nabi Musa tangannya pergi kepada emas permata. Tetapi ditepis oleh Jibrail dan tanggannya menggamas bara dan dimasukkan ke dalam mulutnya. Maka menangislah bayi itu dan sebab itu Nabi Musa tidak berapa fasih lidahnya. Cerita ini menggambarkan betapi pejuang yang dipilih oleh Allah menunjukkan kebijaksanaannya dari usianya yang masih kecil, sekecil bayi di dalam buaian. Kebijaksanaan bayi ini terserlah sehingga dapat memahami sesuatu yang berlaku dipersekitarannya.

Justeru, atas teori ini, tentunya pejuang yang dinanti itu mempunyai kebijaksanaan luar biasa dari usia bayinya. Jika kita lihat dunia hari ini, dunia ini berdiri secara kompleks dan sangat komplikated. Dengan kecanggihan ketenteraan di pihak barat, bom yang boleh menjadikan tanah benua bertukar tasik, dan senjata, kenderaan, komunikasi dan semuanya yang saban hari semakin canggih, tentunya kelahiran Mahdi ini memberi petanda yang besar pada waktu bayinya untuk membolehkannya menguasai dunia ini dan akhirnya semua tunduk kepada baginda.

Inilah yang ditakuti oleh barat. Kalau kisah Nabi Musa yang semua bayi pada zamannya dibunuh, sedangkan baginda dibesarkan di istana firaun, maka tidak peliklah jalan cerita yang sama diceritakan atas cerita al-Mahdi ini. tidak mustahil sekiranya baginda dilahirkan ditanah barat, atau tanah lain selain tanah Arab. Keturunan Nabi s.a.w bertebaran di seluruh dunia. Detutupi semua pintu masuk, tetapi akhirnya yang lahir di tanah mereka.

Kita sebagai ibu bapa, tidak salah kalau kita doakan agar anak kita adalah pejuang. Walaupun martabat imam Mahdi itu sukar, tapi berdoalah agar anak kita keturunan kita menjadi salah seorang pemegang panjinya yang menggerunkan tentera dajjal, berpakaian tentera hitam dan berpencak silat melawan dan menegakkan Islam di akhir zaman. InsyaAllah... /ah.

Comments

Popular posts from this blog

Hiasi Harimu dengan al-Quran

Merindui Semangat Muhammad Al-Fatih

Muhammad: Namamu Teragung